Monday, December 22, 2014

Persoalan



Haha. Gelak dulu la siap-siap. Sebab apa aku gelak? Sebabnya, walaupun aku nak menulis kat blog ni more pasal matured things, last-last aku akan cerita pasal dia je. Maybe this blog is meant for him kot. Kalau aku nak cerita something matured or serious kena buat blog lain la nampaknya. Muahahaha.


Okay, okay, kembali kepada apa yang aku nak cerita. Last week after kerja aku singgah pasar malam, then tiba-tiba terbayang situasi yang kelakar dalam kepala.


‘Dia’ kalau ikutkan apa yang aku dengar dah balik dari Jepun dan dah kerja pun. Kalau ikutkan rumah mak dia kat area Pantai Dalam ni je (walaupun alamat PJ. Hihi.). So aku assume yang dia pun mungkin ada kat area sini je. Tu yang aku jadi ter’create cerita dalam kepala ni.


So aku pun terbayang yang dia ada kat area Pantai Dalam ni dan singgah kat Pasar Malam dekat area rumah sewa aku ni.Pastu aku pun singgah gerai keropok lekor, time order tu, “Kak, keropok lekor singgit”, suara aku rupanya serentak dengan suara seorang lelaki. Then aku toleh ke arah suara tersebut, rupanya…………… Beliau!!


Poofff! Terus bayangan situasi tu hilang. Hahaha. Tersengih la aku sorang-sorang sambil berjalan kat Pasar Malam tu.


Tak sangka sampai macam tu sekali imaginasi aku. Sebab rindu dia ke? Ntah. Aku tak tau la aku rindu dia ke tak. Tapi aku nak sangat jumpa dia untuk cakap apa yang terpendam sejak kitorang break-up 4 tahun yang lalu.


“Fara, please move on”. Yeah. That’s the thing that you might say to me, even dia pun maybe akan cakap benda yang sama. But, do I care?

Aku mungkin tak move on, tapi aku sebenarnya dah redha. Cuma aku belum dapat lupakan dia sepenuhnya. By the time aku rasa aku boleh terima dan buka hati hati aku untuk orang lain, tiba-tiba je dia akan muncul dalam fikiran aku. Dan akhirnya aku still ingat dia dan teruskan dengan kehidupan single.


Ntahla, aku tak tahu sampai bila baru aku dapat betul-betul lupakan dia. Rasa pathetic bila dalam tempoh 4 tahun ni aku tak pernah lupa untuk terfikirkan pasal dia. Tak tahu la, mungkin aku nak explanations dari dia. Macam-macam benda aku nak tanya dia.



“Kenapa awak hilang macam tu je? No official break-up between us. Awak just hilang macam tu je!”


“Kenapa semua ni berlaku? Bukan ke bagi saya dan awak this is a serious relationship? Atau hanya saya je yang fikir macam tu.”


“Kenapa even sekarang pun, bila masing-masing dah dewasa dan matured, awak still nak lari dari saya?”


The most important question that I am eagerly wanna ask you,


“Macam mana awak lalui kehidupan awak selama 4 tahun ni ek? Tak pernah ke memori antara kita muncul dalam ingatan awak? Tak pernah ke walau sekali ada benda-benda yang mengingatkan awak pada saya?”




Tu la soalan yang aku nak sangat tanya dia. Seriously, aku redha kalau dia bukan jodoh aku. Aku just nak jawapan atas semua persoalan yang timbul.


Ya, akan ada yang kata let bygone be bygone. Tak kisah la, cakap la apa pun. Aku berhak untuk tahu jawapan atas apa yang aku telah lalui sebelum ni.


Dan tiap-tiap tahun ada satu tarikh yang aku selalu harap dia akan muncul



16 Disember



Tapi selalunya harapan tinggal harapan.


Hmm. Cerita antara aku dan dia adakah ianya masih ada harapan? Atau hanya aku yang mengharap agar harapan tidak terus menjadi harapan?


Ntah, hanya pada Allah aku berserah segalanya.



Kbai.


Friday, June 27, 2014

STRESS

Assalamualaikum & Hi,

Akhir-akhir ni aku agak sibuk. Sama ada buat-buat sibuk atau betul-betul sibuk, itu aku tak dapat nak pastikan. Yang penting, aku sibuk. Thats it!

Jadinya bila aku sibuk, aku jadi stress. Makanya, bila aku stress sifat panas baran aku akan terserlah. Haih. Itu yang aku tak suka sebenarnya. Aku tak suka nak marah-marah tapi.... I think I need to attend Anger Management Class or whatever that can control my anger.

Being under negative vibe is not healthy actually. Besides, it also will affect others' emotion. So that's why staffs aku nampak macam stress je.

Muahahahaha.

Kbai
27.6.2014

Tuesday, April 1, 2014

Selamat Malam

Mata menahan kantuk,
Namun tidak termampu,
Dan terus hanyut dalam pelayaran mimpi..

Selamat malam wahai insan!

Fara
11.34pm

Tuesday, December 24, 2013

Diam



Duduk, diam dan terpaku
Merenung, memandang dan terpana
Aku, tetap disini..

Fara,
24.12.2013






Tuesday, October 22, 2013

Day 1: Singapore

Assalamualaikum..

A few pictures in Singapore.. Here we go..

Day 1: KL Sentral - KLIA- Changi Airport - Chinatown - Bugis Street - Backpackers' Inn Hostel

Excited depan Gate C23 (kalau tak silap laa), KLIA

wehooo.. KLIA

Hehe..


Dalam flight-Jetstar

Arrival-Changi Airport

Hihu.. First time sampai Singapore

Kad access untuk MRT

Dalam MRT

Chinatown, Singapore


Me and Kak Min





Tamatlah sudah hari pertama di Singapore. Pengalaman yang menarik dan apa yang aku bayangkan sebelum pergi sangatlah berbeza. Apakah yang berbeza sangat tu? Aku akan kongsi kan nanti.. Hehe..

Babai..




 

Monday, October 21, 2013

Stress

Assalamualaikum..

Seriously, I am really2 stress with my work!! Need someone to talk with and to cry on..

Ok Babai..






Friday, September 27, 2013

Kekal

Assalamualaikum dan Hi..

Setelah berfikir dengan tidak berapa nak panjang, aku memutuskan untuk meneruskan blog ini, regardless of what I have wrote before.. Hehe..

So as for now, ada banyaaakkkkk sangat perkara yang aku nak tulis, tapi nampaknya still pending lagi.. Yela, Isnin hingga Jumaat kerja dari 8.00 am to 6.00 pm, balik kerja nak makan, solat, having a quality time with housemate (a.k.a borak-borak.. haha), then siap-siap baju dan barang untuk kerja esok.. Dan rutin ni berterusan dari Isnin hingga Jumaat.. Huwaaa.. What a bored a life (teetttt.. salah.. walaupun hari-hari aku nampak macam mengulangi rutin yang sama, tapi aku tak pernah bosan dengan hidup aku.. setiap hari aku belajar benda baru.. dan sesi borak-borak dengan housemate pun bukannya borak benda kosong tetapi tetap ada isunyaa..).. Weekend pulak adalah sesi berehat bersama keluarga.. Jadinya aku malas la nak menulis.. Haha..

Kalau ikutkan aku nak share pengalaman aku holiday kat Singapore dan nak share beberapa tips bila bercuti kat sana.. Tapi tak tau la bila nak buat.. Kerja kat office ni pulak tetiba macam hectic.. Next week terlibat dengan Istiadat Konvokesyen then ada pulak beberapa meeting yang kena attend.. Redha je laa.. Dah namanya kerjakan, so buat jee laa.. 

Sampai disini je la aku menulis untuk entry kali ni, konklusinya aku akan terus menulis kat blog ni.. Hahaha.. Till then.. Babai..

P/s: Petang ni nak gi minum-minum dengan Azi.


Wednesday, September 25, 2013

Teruskan atau ........?



Assalamualaikum dan Hai!

Sebenarnya rindu nak menulis balik. Tapi takde masa. Bukanlah takde masa sangat, cuma bila ada masa tu rasa nak rehat, nak tengok tv dan borak-borak. Jadinya terbantut la semangat nak menulis. Lagipun dengan keadaan blog aku yang macam tak cantik ni, rasa macam bosan pulak..

Sebenarnya aku bercadang nak menulis secara aktif dan penulisan aku tu kalau boleh nak la berkisarkan diri aku dan juga pandangan serta idea aku berkenaan isu semasa. Cumanya blog aku ni banyak cerita-cerita lama. Aku sayang dengan blog ni tapi pada masa yang sama blog ni jugak menunjukkan sisi tidak matang aku..

So apa pandangan korang ek? Adakah aku patut teruskan dengan blog sedia ada ni, atau aku perlu create the new blog? 

Hmm.. Jap, nak ambik masa untuk berfikir dulu..

p/s: Dilema..

Thursday, May 23, 2013

HIKMAH

Assalamualaikum..

Hari ni sebenarnya aku excited sikit.. Yelaa, hari ni hari gaji, hari last bekerja untuk minggu ni sebab esok public holiday (yahuuuu!) dan hari ni juga keputusan exam PTD keluar.. Tapi apa yang aku nak fokus disini adalah berkenaan exam PTD.. Huwaaa.. Again, aku fail dalam exam PTD.. Jauh kat sudut hati ni, aku yakin yang aku score untuk Bahagian A & B tapi mesti aku tak perform untuk Bahagian C & D.. Seriously aku sangat dambakan post PTD nii.. Huhu..

Tapi aku cuba untuk tenangkan fikiran dan bermuhasabah, mungkin belum masanya untuk aku gapai jawatan PTD ni ataupun Allah sedang sediakan sesuatu yang lebih baik lagi.. Mungkinkah seorang suami yang kaya dan raya??? Hahaha.. Verangan ajer aku ni.. Yang pastinya, aku memang yakin yang Allah pasti janjikan sesuatu untuk aku dan hanya masa yang menentukan segalanya.. Kat tempat kerja sekarang ni pun kudrat dan buah fikiran aku masih diperlukan.. Mungkin hikmahnya disebalik kegagalan ini adalah aku masih dapat membantu dan menyumbang kepada kecemerlangan team aku sekarang.. Mungkin juga Allah nak aku perbaiki diri serta cungkil bakat dan skill terpendam.. Hihi..

Apa-apa pun aku redha dan akan terus berusaha! Takkan sekali kali aku berputus asa kerana untuk mencapai sesuatu kita perlu sentiasa berusaha, bertawakal dan yakin diri! Yeeaahhh! Nampaknya aku perlu lupakan seketika pada PTD ni dan rasanya aku perlu fokus pada permohonan Master pulak.. Hewhewhew.. Macam-macam pulak yang aku nak kejar nampaknya kan.. Takpe, aku pun muda dan single lagi.. Sementara masih lagi diberi kekuatan dan kelebihan masa oleh Allah, apa salahnya kita kejar cita-cita kita kan?? Menuntut ilmu ni tak pernah merugikan kita tau.. 

So, pengajaran untuk hari ini, buatlah sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh dan sekiranya tak dapat apa yang dihajati redha dan muhasabah diri kita dan yakinlah bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

P/s: Really looking forward for this weekend.. Woohooo!

Monday, January 7, 2013

tak boleh tidur

huhu… aku ni kan, ada satu habit yang mana bila nak hari isnin je, mula la aku tak boleh tidur, stress laa and macam2 perasaan laa…

aku yakin sangat yang ni semua disebabkan oleh monday bluessss… haha… aku rasa aku perlu tidur sekarang…

k laa… babai

Tuesday, January 1, 2013

#13 a letter to someone who hurt you recently

Ok.. Yang ni memang aku nak tulis sangat-sangat.. Takde la hurt me recently pun.. Dah lama dah, cuma aku simpan malas nak bising-bising.. Tapi hari nak bising jugak.. Hehe.. So aku tulis guna format surat la ek.. 

Dear awak yang berada kat negara matahari terbit tu,
Hmm.. How are you? Ok ke kat sana, weather amacam? Saya tau kalau cuaca terlampau sejuk or panas mesti awak tak ok kan? Study macam mana? I bet mesti gempak gila kan, yela kita break pun sebab awak nak focus on your study.. Bagus la tu kan.. I'm happy for you

It seems almost 2 years kan kita break, lama la jugak tu.. Tapi ntah kenapa I never forget about you.. Stupid kan? Yeaahh, I admit it memang bodoh.. Awak ingat tak masa 29/03/2009, on my birthday, hari awak fly ke sana.. Masa tu keadaan saat genting, kita masing-masing keliru whether to end up this relationship or just teruskan.. Tapi saat-saat akhir before awak masuk gate and passed your phone to your sister, awak decide yang awak still sayang saya dan awak nak saya tunggu awak balik ke tanah air.. Dah la time tu saya kat Perak, awak kat KLIA and kita discuss about our relationship just through phone je kan.. Haih, memang dahsyat la kita nii.. Dengan hati yang berat, saya terpaksa tamatkan perbualan telefon kita.. Takpe, saya lepaskan awak seketika untuk awak teruskan perjuangan awak kat sana, jauh kat sudut hati saya, saya bangga dengan awak.. Dan jauh kat sudut hati ni saya sentiasa berdoa, agar hati awak tetap untuk saya..

Lepas je awak dah sampai sana, I went through my life as usual.. Walaupun dalam hati ni asyik fikir awak je.. Tapi takpe, pelajaran lagi penting.. Dipendekkan cerita, lepas lebih kurang 3 bulan awak kat sana, kita tiba-tiba gaduh besar.. Masing-masing saling menyalahkan, saya cakap awak tak jujur, dah berubah, awak pulak cakap saya ni cepat sangat cemburu dan suka sangat fikir bukan-bukan.. Masa tu sedih sangat.. Nasib baik time tu cuti sem, takdela ganggu study sangat kan.. So bila asyik gaduh je, awak dengan drastiknya dumb saya.. Awak tau tak, saya memang frust habis.. Selama ni orang duk cakap pasal frust menonggeng, dan saya rasa saya pun dah alami macam mana rasanya frust menonggeng.. Tapi xdela sampai menonggeng.. haha.. Sedih awak, Allah je yang tau perasaan saya masa tu.. Kalau boleh saya tak nak dah rasa sedih macam tu lagi.. Penat awak.. Tapi Allah tu Maha Adil lagi Maha Penyayang.. Saya hilang awak, tapi Alhamdulillah masa saya kecewa dengan awak, time tu saya dapat Anugerah Dekan for the second time.. Tu laa pengubat segala kedukaan saya.. Takde la saya meratap pilu kan.. Walaupun dalam hati ni lukanya sangat lah parah..

So bila melangkah ke Sem 3, emosi saya agak stabil.. Still tak dapat lupakan awak, tapi tak la terlalu ingat kan awak.. Saya dah redha dah time tu.. Maybe ada kawan-kawan, family, senior, so saya tak terasa sangat la kehilangan awak.. Tapi biasala kadang-kadang bila sorang-sorang or time nak tidur tu, nak tak nak, teringat jugak la kat awak.. Yela dulu-dulu ada orang yang saya boleh share macam-macam cerita, awak pun tahu yang saya ni kan banyak cakap.. hehe.. Sunyi sangat masa tu.. So menangis la jugak malam-malam.. Tapi depan orang lain, saya still tunjuk yang saya ni kuat, tapi saya tahu, dorang tahu yang saya rindu awak sangat-sangat.. So saya pun teruskan hidup seperti biasa..

Suatu hari, kalau tak silap saya sehari sebelum 1 Ramadhan time 2009 tu, saya, kak yana and lain-lain (saya just ingat kak yana je, sebab masa tu saya balik KL tumpang kak yana.. hehe) kitorang plan nak balik KL sebab nak sambut 1 Ramadhan dengan family.. Hari jumaat rasanya time tuu.. So sementara tunggu kak yana pick me up kat rumah sewa, saya pun charge la my handphone.. As usual, saya memang silent phone, then bila saya check, ada 1 missed call dan nombor dia sangat pelik.. Saya dah agak dah awak yang call, sebab tu macam nombor oversea je.. Berdebar-debar saya masa tu.. Tapi nak return call tak boleh pulak.. So saya buat tak tau je laa.. 

Then bila dalam kereta, on my way to KL, awak call lagi.. Nasib baik saya sempat angkat... Gembira la jugak time tu.. Tapi saya tak boleh borak panjang, saja cakap, call la malam nanti ke, sebab saya dalam kereta time.. So awak pun ok je.. Sa


*and the rest is history.. aku tulis bende ni dah lama dah sebenarnya, awal tahun 2012 kot, tapi tak publish pun, so now aku publish tapi tanpa tamatkan cerita ni sebab ada beberapa part yang aku tak dapat nak recall n kalau boleh aku pun tak nak ingat pape dah..

K laa.. Babai..


planning??

Dulu, masa zaman budak-budak, rasanya masa form 1, aku ada buat perancangan hidup aku.. Haha.. Tapi semuanya tak menjadi.. hehe.. Meh aku story sikit..

Ok, masa UPSR dulu aku memang dah bercita-cita nak masuk MRSM, tapi my bad, UPSR dapat 3A2B jeee.. Walaupun aku tau, aku tak layak, tapi aku hantar jee borang permohonan tu.. Konklusinya aku memang tak layak pun, so aku pun teruskanlah persekolahan aku kat SMKBBBK.. Time ni, klau aku boring, mesti aku duk buat peta perjalanan hidup aku, kononnya after PMR nanti nak gi MRSM then after SPM study kat oversea takpun pursue kat Universiti Malaya (aku juga berharap dalam tempoh jadi student U, aku akan dapat anugerah pelajar terbaik), then dah grad kerja, pastu umur 27 baru kawin, pada masa yang sama sebelum umur 30 aku dah dapat title Dr.

Gila hectic kan perancangan hidup aku niii... Btw, ada yang ikut perancangan, tu pun peringkat awal je la, and the rest is history... At first frustration tu ada, tapi bila fikir balik segala perjalanan yang aku dah lalui sehingga aku sampai ke tahap sekarang ni, semuanya sangat bermakna.. Mungkin aku tak dapat nak sambung degree in oversea tapi maybe adik2 aku ke yang dapat pergi or ntah2 nanti aku dapat peluang further master or PhD in oversea, who knows kan? Only Allah yang tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam kehidupan kita ni..

Honestly, aku banyak belajar tentang erti kehidupan selama ni, yang mana kadang2 pencapaian bukanlah our main priority tapi its more to happiness dan ketenangan jiwa dan juga hubungan kita dengan Allah & parents..

Actually aku takde fokus yang sebenar untuk tulis kat entry ni, just nak habiskan je apa yang aku dah start.. hehe..

K la.. Babai..

Saturday, November 5, 2011

Baby sit

Hari ni kena baby sit my 3 cousins (darja3, darjah 2 & 4 tahun).. Huwaaa.. Ni pun curi-curi online.. Baru la aku tau betapa penatnya seorang mak nak jaga anak.. Huhu.. Kbai, aku sambung cerita next entry, aku dah dengar dorang tengah bising naik turun tangga.. Nak check it out apa dorang buat.. Baaiiiiiii

More than words





I love this song