Wednesday, June 2, 2010

MALAS


Aku rasa aku dah terkena virus MALAS lah.. Since cuti aku rasa malas sangat-sangat.. Malas makan, malas tidur, malas mandi (ooppsss.. i wangi ok!!), dan macam-macam lagi la yang aku malas.. Tapi... satu je yang aku rajin.... ONLINE!! lalala.. Aku rela tak makan, tak mandi dan tak tidur kalau dapat ONLINE.. Macam mana la mak aku tak membebel, mesti dia pun sakit kepala dengan gaya hidup aku ni.. Hehe.. Masa mula-mula cuti, memang la aku rasa bahagia sebab aku rasa bebas sangat-sangat.. Tak perlu fikir pasal assignment, test, quiz etc... Tapi lama-lama aku rasa bosan, macam useless pulak sebab tak buat apa-apa.. Nasib baik adik aku ada mintak tolong ajarkan dia fizik dan kimia, at least bergerak sikit otak aku ni.. Haha.. Yela, nak recall subjek yang dah bertahun aku tinggalkan memang menyeksakan.. Tapi puas la jugak sebab dapat tolong adik aku, walaupun tak seberapa..

Di sebabkan masa aku dihabiskan dengan ONLINE, aku tersinggah kat 1 blog ni dan penulis blog tu selitkan yang MALAS menurut AL-QURAN adalah sikap orang munafik (adakah aku..??)..

Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 140] :
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
Terima kasih banyak-banyak kat penulis blog tu, yela at least aku dapat sedar dari lena yang panjang (cheewwaaahhh!! hehe).. MALAS, walaupun hanya ada 5 huruf je.. Tapi kesan yang 'dia' bagi memang superb.. Yela.. Disebabkan malas, aku tidur tak menentu (orang tidur aku tak tidur, orang bangun baru aku tidur) makan tak menentu, then blur jer (sebab otak tak dapat berfungsi dengan baik kot).. Solat pun.. (huurrmm.. aku kena perbaiki lagi).. Diri rasa macam tak terurus.. MALAS ni kalau terus jadi darah daging memang bahaya.. Oleh itu nasihat aku untuk kawan-kawan dan juga DIRI SENDIRI, buang lah rasa MALAS.. Tak elok pun.. Bak kata IRFAN KHAIRI dalam blog beliau, kita jadi malas sebab kita berada dalam zon selesa.. Macam aku la, sekarang ni everything mak aku yang buat.. Tu yang aku jadi malas tu.. So from now on, aku kena keluar dari zon selesa ni..
ALL THE BEST UNTUK AKU!!
NOTA BULU KAKI: Berhati-hati ketika melintas jalan.. :)

Monday, May 24, 2010

Facebook & Pergaduhan

Memalukan!! Tu je yang boleh ak gambarkan bila aku tertengok orang bergaduh kat facebook aka fb.. What i mean is dorang gaduh trough fb status... Bukan setakat gaduh, tapi ada jugak yang kutuk2 kawan trough dorang punyer fb.. Aku bukan nk menyibuk hal dorang (tapi ada la sikit2.. hehe) tapi kalau dh ter'appear kat fb aku nak buat macam mana kan... Kadang2 kita memang la ada sakit hati ngan orang, marah, sakit hati, menyampah, dendam ngan orang lain.. Tapi takdela sampai nak serang kat fb orang, bagi aku kalau aku dah tak boleh go on ngan orang tu, baik aku delete orang tu dari friend list aku and block jer orang tu.. Xpayah nak saling balas membalas kat fb, memalukan diri sendiri je nanti.. Pastu dari orang lain tak tau, terus jadi tau..
Nasihat aku kepada anda yang berkawan and bercouple ni, don't gaduh2 kat fb ye.. Buruk la.. Kalau nak luahkan perasaan tu, its ok, but then biar ada batasan.. nanti xpasal2 pahala hilang, dosa je yang dapat..
Aku bangkitkan issue ni kat blog bukan sebab nak tunjuk aku ni baik sangat... X.. Cuma aku rasa x seronok tengok orang gaduh2 kat fb ni.. Nak gaduh baik gaduh depan2..
Ader BRAN??

notabulukaki:buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali