Tuesday, June 14, 2011

Popia yang mudah dan senang..

Ok, hari ni aku nak share dengan korang semua resepi popia yang tersangatlah simple.. Korang boleh buat banyak-banyak then simpan dalam fridge.. So korang boleh goreng untuk breakfast, minum petang or supper.. Resepi ni tersangatlah mudah, kalau korang jenis yang tak pandai masak pun,
still boleh buat.. Kalau tak caya, korang kena cuba.. Hehe.. Opss, lupa pulak, resepi ni
aku ambil dari magazine Keluarga, resepi sebenar daripada seorang artis iaitu
Atilia..

So, bahan-bahannya ialah:

1. Kulit popia - aku guna yang size kecik sebab aku suka popia yang comel-comel..

2. Crab stick - hancur-hancur kan tau..

3. Tepung campur air - sebagai bahan pelekat

4. Sos cili Thai - aku nak beli brand Life, tapi Econsve Batang Kali takde jual plak.. hehe


5. Cream cheese
6. Garam + Black pepper (sebagaibahan perasa)

So, cara nak buat senang sangat-sangat dan sangat menjimatkan masa.. Adunkan semua bahan iaitu, crab stick yang telah di hancurkan, cream cheese, sos cili Thai dan bahan perasa garam dan black pepper.. Resepi asal tak letak pun garam dan black pepper, tapi aku letak jugak, so that ada la sikit rasa..
Then gaul biar sebati.. Rupa dia akan jadi macam ni.. :

Jadi, boleh la terus gulung popia goreng.. Boleh terus digoreng atau pun simpan dalam fridge!









Selamat mencuba!! :)

Wednesday, June 1, 2011

Dikala ketensionan

Ok.. Korang kalau tension, selalunya buat apa?? Kalau aku la kan, benda yang paling aku suka buat kalau tension + stress + marah ialah TIDUR! Walaupun dengan tidur tak dapat selesaikan apa-apa masalah pun, tapi tu terapi bagi aku.. Kadang-kadang bila tidur ni kita dapat tenangkan fikiran dan pada masa yang sama, time tidur pun aku boleh dapat idea untuk solve problem.. Kadang-kadang la.. Tak selalu pun.. Hehe..


Sometimes bila terlalu tension, aku tak boleh nak tidur.. So aku akan online sampai lebam or membaca.. Favorite aku dari kecil sampai la sekarang ni ialah membaca.. Tak kisah la buku apa-apa pun, asal kan aku boleh baca.. Tapi kalau aku tengah marah and tension, aku akan avoid dari membaca novel jiwang-jiwang.. Tak tau la kenapa.. :)
Bila membaca ni, kita akan sedar, yang life ni is not about our self je, dan segala ketensionan akan hilang macam tu je.. Tapi jangan la time tension baca buku yang susah dicerna tapi cari la komik ke, buku motivasi ke, or anything yang tak heavy.. Something yang boleh buka minda kita, buat kita gelak and happy..


Kenapa bila aku rasa marah, tension and stress aku akan tidur la, membaca la, online la... Sebab aku tak suka share dengan orang.. Ok, sometimes share la jugak kan dengan kawan-kawan through FB, texting.. but its limited.. Tak semua benda kita boleh share dengan orang and tak semua orang willing nak dengar permasalahan kita.. Well, dorang pun ada life kan.. Dorang pun ada zon happy, zon marah, zon tension and macam-macam zon lagi la.. Aku tak sampai hati nak bebankan dorang dengan masalah aku.. So biasanya aku akan bercerita kat diri sendiri laa.. Macam gila kan.. Tapi inilah aku.. Haha..


Disebabkan aku tak suka share dengan orang lain, aku suka menulis.. Dulu time form 1 sampai la form 5, aku ada diari, kat situ la aku tulis everything and aku akan baca balik sebab bila baca balik rasa lawak la pulak.. Hehe.. Tapi bila dah masuk matrix, no more diaries.. So kalau geram sangat-sangat aku akan tulis kat kertas kosong and sorok la kat mana-mana ataupun aku koyak and buang je.. Then, bila ada FB, aku suka la jugak post dekat wall apa yang aku rasa bila aku tension, tapi lama-lama aku rasa macam pathetic la pulak kan.. Jadi aku try untuk tidak terlalu emosi bila post something kat wall FB.. Sebab tak semua friends kat FB tu kenal kita seadanya kan.. So before orang lain berfikiran negatif pasal kita, lebih baik kita kawal diri kita..

Ni antara benda yang aku buat kalau aku tension, stress, marah or ada problem.. Tapi walau apapun pun cara yang kita buat, ingatlah yang kita masih ada Allah.. Di saat kita rasa takde sesiapa by our side, sebenarnya Allah sentiasa mendengar apa yang kita mengadukan.. So jangan tension-tension, jangan marah-marah.. Chill ok! Ingatan untuk diri sendiri yang serba kerdil ini dan kawan-kawan yang dikasihi.. :)