Tuesday, June 14, 2011

Popia yang mudah dan senang..

Ok, hari ni aku nak share dengan korang semua resepi popia yang tersangatlah simple.. Korang boleh buat banyak-banyak then simpan dalam fridge.. So korang boleh goreng untuk breakfast, minum petang or supper.. Resepi ni tersangatlah mudah, kalau korang jenis yang tak pandai masak pun,
still boleh buat.. Kalau tak caya, korang kena cuba.. Hehe.. Opss, lupa pulak, resepi ni
aku ambil dari magazine Keluarga, resepi sebenar daripada seorang artis iaitu
Atilia..

So, bahan-bahannya ialah:

1. Kulit popia - aku guna yang size kecik sebab aku suka popia yang comel-comel..

2. Crab stick - hancur-hancur kan tau..

3. Tepung campur air - sebagai bahan pelekat

4. Sos cili Thai - aku nak beli brand Life, tapi Econsve Batang Kali takde jual plak.. hehe


5. Cream cheese
6. Garam + Black pepper (sebagaibahan perasa)

So, cara nak buat senang sangat-sangat dan sangat menjimatkan masa.. Adunkan semua bahan iaitu, crab stick yang telah di hancurkan, cream cheese, sos cili Thai dan bahan perasa garam dan black pepper.. Resepi asal tak letak pun garam dan black pepper, tapi aku letak jugak, so that ada la sikit rasa..
Then gaul biar sebati.. Rupa dia akan jadi macam ni.. :

Jadi, boleh la terus gulung popia goreng.. Boleh terus digoreng atau pun simpan dalam fridge!









Selamat mencuba!! :)

2 comments:

Nurliyana said...

FARA ..!! SEDAPNYE.. LAPA JE AKK TGK .. HADOI

fara said...

hehe.. simple je ni kak..