Monday, January 7, 2013

tak boleh tidur

huhu… aku ni kan, ada satu habit yang mana bila nak hari isnin je, mula la aku tak boleh tidur, stress laa and macam2 perasaan laa…

aku yakin sangat yang ni semua disebabkan oleh monday bluessss… haha… aku rasa aku perlu tidur sekarang…

k laa… babai

Tuesday, January 1, 2013

#13 a letter to someone who hurt you recently

Ok.. Yang ni memang aku nak tulis sangat-sangat.. Takde la hurt me recently pun.. Dah lama dah, cuma aku simpan malas nak bising-bising.. Tapi hari nak bising jugak.. Hehe.. So aku tulis guna format surat la ek.. 

Dear awak yang berada kat negara matahari terbit tu,
Hmm.. How are you? Ok ke kat sana, weather amacam? Saya tau kalau cuaca terlampau sejuk or panas mesti awak tak ok kan? Study macam mana? I bet mesti gempak gila kan, yela kita break pun sebab awak nak focus on your study.. Bagus la tu kan.. I'm happy for you

It seems almost 2 years kan kita break, lama la jugak tu.. Tapi ntah kenapa I never forget about you.. Stupid kan? Yeaahh, I admit it memang bodoh.. Awak ingat tak masa 29/03/2009, on my birthday, hari awak fly ke sana.. Masa tu keadaan saat genting, kita masing-masing keliru whether to end up this relationship or just teruskan.. Tapi saat-saat akhir before awak masuk gate and passed your phone to your sister, awak decide yang awak still sayang saya dan awak nak saya tunggu awak balik ke tanah air.. Dah la time tu saya kat Perak, awak kat KLIA and kita discuss about our relationship just through phone je kan.. Haih, memang dahsyat la kita nii.. Dengan hati yang berat, saya terpaksa tamatkan perbualan telefon kita.. Takpe, saya lepaskan awak seketika untuk awak teruskan perjuangan awak kat sana, jauh kat sudut hati saya, saya bangga dengan awak.. Dan jauh kat sudut hati ni saya sentiasa berdoa, agar hati awak tetap untuk saya..

Lepas je awak dah sampai sana, I went through my life as usual.. Walaupun dalam hati ni asyik fikir awak je.. Tapi takpe, pelajaran lagi penting.. Dipendekkan cerita, lepas lebih kurang 3 bulan awak kat sana, kita tiba-tiba gaduh besar.. Masing-masing saling menyalahkan, saya cakap awak tak jujur, dah berubah, awak pulak cakap saya ni cepat sangat cemburu dan suka sangat fikir bukan-bukan.. Masa tu sedih sangat.. Nasib baik time tu cuti sem, takdela ganggu study sangat kan.. So bila asyik gaduh je, awak dengan drastiknya dumb saya.. Awak tau tak, saya memang frust habis.. Selama ni orang duk cakap pasal frust menonggeng, dan saya rasa saya pun dah alami macam mana rasanya frust menonggeng.. Tapi xdela sampai menonggeng.. haha.. Sedih awak, Allah je yang tau perasaan saya masa tu.. Kalau boleh saya tak nak dah rasa sedih macam tu lagi.. Penat awak.. Tapi Allah tu Maha Adil lagi Maha Penyayang.. Saya hilang awak, tapi Alhamdulillah masa saya kecewa dengan awak, time tu saya dapat Anugerah Dekan for the second time.. Tu laa pengubat segala kedukaan saya.. Takde la saya meratap pilu kan.. Walaupun dalam hati ni lukanya sangat lah parah..

So bila melangkah ke Sem 3, emosi saya agak stabil.. Still tak dapat lupakan awak, tapi tak la terlalu ingat kan awak.. Saya dah redha dah time tu.. Maybe ada kawan-kawan, family, senior, so saya tak terasa sangat la kehilangan awak.. Tapi biasala kadang-kadang bila sorang-sorang or time nak tidur tu, nak tak nak, teringat jugak la kat awak.. Yela dulu-dulu ada orang yang saya boleh share macam-macam cerita, awak pun tahu yang saya ni kan banyak cakap.. hehe.. Sunyi sangat masa tu.. So menangis la jugak malam-malam.. Tapi depan orang lain, saya still tunjuk yang saya ni kuat, tapi saya tahu, dorang tahu yang saya rindu awak sangat-sangat.. So saya pun teruskan hidup seperti biasa..

Suatu hari, kalau tak silap saya sehari sebelum 1 Ramadhan time 2009 tu, saya, kak yana and lain-lain (saya just ingat kak yana je, sebab masa tu saya balik KL tumpang kak yana.. hehe) kitorang plan nak balik KL sebab nak sambut 1 Ramadhan dengan family.. Hari jumaat rasanya time tuu.. So sementara tunggu kak yana pick me up kat rumah sewa, saya pun charge la my handphone.. As usual, saya memang silent phone, then bila saya check, ada 1 missed call dan nombor dia sangat pelik.. Saya dah agak dah awak yang call, sebab tu macam nombor oversea je.. Berdebar-debar saya masa tu.. Tapi nak return call tak boleh pulak.. So saya buat tak tau je laa.. 

Then bila dalam kereta, on my way to KL, awak call lagi.. Nasib baik saya sempat angkat... Gembira la jugak time tu.. Tapi saya tak boleh borak panjang, saja cakap, call la malam nanti ke, sebab saya dalam kereta time.. So awak pun ok je.. Sa


*and the rest is history.. aku tulis bende ni dah lama dah sebenarnya, awal tahun 2012 kot, tapi tak publish pun, so now aku publish tapi tanpa tamatkan cerita ni sebab ada beberapa part yang aku tak dapat nak recall n kalau boleh aku pun tak nak ingat pape dah..

K laa.. Babai..


planning??

Dulu, masa zaman budak-budak, rasanya masa form 1, aku ada buat perancangan hidup aku.. Haha.. Tapi semuanya tak menjadi.. hehe.. Meh aku story sikit..

Ok, masa UPSR dulu aku memang dah bercita-cita nak masuk MRSM, tapi my bad, UPSR dapat 3A2B jeee.. Walaupun aku tau, aku tak layak, tapi aku hantar jee borang permohonan tu.. Konklusinya aku memang tak layak pun, so aku pun teruskanlah persekolahan aku kat SMKBBBK.. Time ni, klau aku boring, mesti aku duk buat peta perjalanan hidup aku, kononnya after PMR nanti nak gi MRSM then after SPM study kat oversea takpun pursue kat Universiti Malaya (aku juga berharap dalam tempoh jadi student U, aku akan dapat anugerah pelajar terbaik), then dah grad kerja, pastu umur 27 baru kawin, pada masa yang sama sebelum umur 30 aku dah dapat title Dr.

Gila hectic kan perancangan hidup aku niii... Btw, ada yang ikut perancangan, tu pun peringkat awal je la, and the rest is history... At first frustration tu ada, tapi bila fikir balik segala perjalanan yang aku dah lalui sehingga aku sampai ke tahap sekarang ni, semuanya sangat bermakna.. Mungkin aku tak dapat nak sambung degree in oversea tapi maybe adik2 aku ke yang dapat pergi or ntah2 nanti aku dapat peluang further master or PhD in oversea, who knows kan? Only Allah yang tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam kehidupan kita ni..

Honestly, aku banyak belajar tentang erti kehidupan selama ni, yang mana kadang2 pencapaian bukanlah our main priority tapi its more to happiness dan ketenangan jiwa dan juga hubungan kita dengan Allah & parents..

Actually aku takde fokus yang sebenar untuk tulis kat entry ni, just nak habiskan je apa yang aku dah start.. hehe..

K la.. Babai..