Dulu, masa zaman budak-budak, rasanya masa form 1, aku ada buat perancangan hidup aku.. Haha.. Tapi semuanya tak menjadi.. hehe.. Meh aku story sikit..
Ok, masa UPSR dulu aku memang dah bercita-cita nak masuk MRSM, tapi my bad, UPSR dapat 3A2B jeee.. Walaupun aku tau, aku tak layak, tapi aku hantar jee borang permohonan tu.. Konklusinya aku memang tak layak pun, so aku pun teruskanlah persekolahan aku kat SMKBBBK.. Time ni, klau aku boring, mesti aku duk buat peta perjalanan hidup aku, kononnya after PMR nanti nak gi MRSM then after SPM study kat oversea takpun pursue kat Universiti Malaya (aku juga berharap dalam tempoh jadi student U, aku akan dapat anugerah pelajar terbaik), then dah grad kerja, pastu umur 27 baru kawin, pada masa yang sama sebelum umur 30 aku dah dapat title Dr.
Gila hectic kan perancangan hidup aku niii... Btw, ada yang ikut perancangan, tu pun peringkat awal je la, and the rest is history... At first frustration tu ada, tapi bila fikir balik segala perjalanan yang aku dah lalui sehingga aku sampai ke tahap sekarang ni, semuanya sangat bermakna.. Mungkin aku tak dapat nak sambung degree in oversea tapi maybe adik2 aku ke yang dapat pergi or ntah2 nanti aku dapat peluang further master or PhD in oversea, who knows kan? Only Allah yang tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam kehidupan kita ni..
Honestly, aku banyak belajar tentang erti kehidupan selama ni, yang mana kadang2 pencapaian bukanlah our main priority tapi its more to happiness dan ketenangan jiwa dan juga hubungan kita dengan Allah & parents..
Actually aku takde fokus yang sebenar untuk tulis kat entry ni, just nak habiskan je apa yang aku dah start.. hehe..
K la.. Babai..
No comments:
Post a Comment