Monday, December 22, 2014

Persoalan



Haha. Gelak dulu la siap-siap. Sebab apa aku gelak? Sebabnya, walaupun aku nak menulis kat blog ni more pasal matured things, last-last aku akan cerita pasal dia je. Maybe this blog is meant for him kot. Kalau aku nak cerita something matured or serious kena buat blog lain la nampaknya. Muahahaha.


Okay, okay, kembali kepada apa yang aku nak cerita. Last week after kerja aku singgah pasar malam, then tiba-tiba terbayang situasi yang kelakar dalam kepala.


‘Dia’ kalau ikutkan apa yang aku dengar dah balik dari Jepun dan dah kerja pun. Kalau ikutkan rumah mak dia kat area Pantai Dalam ni je (walaupun alamat PJ. Hihi.). So aku assume yang dia pun mungkin ada kat area sini je. Tu yang aku jadi ter’create cerita dalam kepala ni.


So aku pun terbayang yang dia ada kat area Pantai Dalam ni dan singgah kat Pasar Malam dekat area rumah sewa aku ni.Pastu aku pun singgah gerai keropok lekor, time order tu, “Kak, keropok lekor singgit”, suara aku rupanya serentak dengan suara seorang lelaki. Then aku toleh ke arah suara tersebut, rupanya…………… Beliau!!


Poofff! Terus bayangan situasi tu hilang. Hahaha. Tersengih la aku sorang-sorang sambil berjalan kat Pasar Malam tu.


Tak sangka sampai macam tu sekali imaginasi aku. Sebab rindu dia ke? Ntah. Aku tak tau la aku rindu dia ke tak. Tapi aku nak sangat jumpa dia untuk cakap apa yang terpendam sejak kitorang break-up 4 tahun yang lalu.


“Fara, please move on”. Yeah. That’s the thing that you might say to me, even dia pun maybe akan cakap benda yang sama. But, do I care?

Aku mungkin tak move on, tapi aku sebenarnya dah redha. Cuma aku belum dapat lupakan dia sepenuhnya. By the time aku rasa aku boleh terima dan buka hati hati aku untuk orang lain, tiba-tiba je dia akan muncul dalam fikiran aku. Dan akhirnya aku still ingat dia dan teruskan dengan kehidupan single.


Ntahla, aku tak tahu sampai bila baru aku dapat betul-betul lupakan dia. Rasa pathetic bila dalam tempoh 4 tahun ni aku tak pernah lupa untuk terfikirkan pasal dia. Tak tahu la, mungkin aku nak explanations dari dia. Macam-macam benda aku nak tanya dia.



“Kenapa awak hilang macam tu je? No official break-up between us. Awak just hilang macam tu je!”


“Kenapa semua ni berlaku? Bukan ke bagi saya dan awak this is a serious relationship? Atau hanya saya je yang fikir macam tu.”


“Kenapa even sekarang pun, bila masing-masing dah dewasa dan matured, awak still nak lari dari saya?”


The most important question that I am eagerly wanna ask you,


“Macam mana awak lalui kehidupan awak selama 4 tahun ni ek? Tak pernah ke memori antara kita muncul dalam ingatan awak? Tak pernah ke walau sekali ada benda-benda yang mengingatkan awak pada saya?”




Tu la soalan yang aku nak sangat tanya dia. Seriously, aku redha kalau dia bukan jodoh aku. Aku just nak jawapan atas semua persoalan yang timbul.


Ya, akan ada yang kata let bygone be bygone. Tak kisah la, cakap la apa pun. Aku berhak untuk tahu jawapan atas apa yang aku telah lalui sebelum ni.


Dan tiap-tiap tahun ada satu tarikh yang aku selalu harap dia akan muncul



16 Disember



Tapi selalunya harapan tinggal harapan.


Hmm. Cerita antara aku dan dia adakah ianya masih ada harapan? Atau hanya aku yang mengharap agar harapan tidak terus menjadi harapan?


Ntah, hanya pada Allah aku berserah segalanya.



Kbai.