Haha. Gelak dulu la siap-siap.
Sebab apa aku gelak? Sebabnya, walaupun aku nak menulis kat blog ni more pasal
matured things, last-last aku akan cerita pasal dia je. Maybe this blog is
meant for him kot. Kalau aku nak cerita something matured or serious kena buat
blog lain la nampaknya. Muahahaha.
Okay, okay, kembali kepada apa
yang aku nak cerita. Last week after kerja aku singgah pasar malam, then
tiba-tiba terbayang situasi yang kelakar dalam kepala.
‘Dia’ kalau ikutkan apa yang aku
dengar dah balik dari Jepun dan dah kerja pun. Kalau ikutkan rumah mak dia kat
area Pantai Dalam ni je (walaupun alamat PJ. Hihi.). So aku assume yang dia pun
mungkin ada kat area sini je. Tu yang aku jadi ter’create cerita dalam kepala
ni.
So aku pun terbayang yang dia ada kat area Pantai Dalam ni dan singgah
kat Pasar Malam dekat area rumah sewa aku ni.Pastu aku pun singgah gerai
keropok lekor, time order tu, “Kak, keropok lekor singgit”, suara aku rupanya
serentak dengan suara seorang lelaki. Then aku toleh ke arah suara tersebut,
rupanya…………… Beliau!!
Poofff! Terus bayangan situasi tu
hilang. Hahaha. Tersengih la aku sorang-sorang sambil berjalan kat Pasar Malam
tu.
Tak sangka sampai macam tu sekali
imaginasi aku. Sebab rindu dia ke? Ntah. Aku tak tau la aku rindu dia ke tak.
Tapi aku nak sangat jumpa dia untuk cakap apa yang terpendam sejak kitorang
break-up 4 tahun yang lalu.
“Fara, please move on”. Yeah. That’s
the thing that you might say to me, even dia pun maybe akan cakap benda yang
sama. But, do I care?
Aku mungkin tak move on, tapi aku
sebenarnya dah redha. Cuma aku belum dapat lupakan dia sepenuhnya. By the time
aku rasa aku boleh terima dan buka hati hati aku untuk orang lain, tiba-tiba je
dia akan muncul dalam fikiran aku. Dan akhirnya aku still ingat dia dan
teruskan dengan kehidupan single.
Ntahla, aku tak tahu sampai bila
baru aku dapat betul-betul lupakan dia. Rasa pathetic bila dalam tempoh 4 tahun
ni aku tak pernah lupa untuk terfikirkan pasal dia. Tak tahu la, mungkin aku
nak explanations dari dia. Macam-macam benda aku nak tanya dia.
“Kenapa awak hilang macam tu je?
No official break-up between us. Awak just hilang macam tu je!”
“Kenapa semua ni berlaku? Bukan
ke bagi saya dan awak this is a serious relationship? Atau hanya saya je yang
fikir macam tu.”
“Kenapa even sekarang pun, bila
masing-masing dah dewasa dan matured, awak still nak lari dari saya?”
The most important question that
I am eagerly wanna ask you,
“Macam mana awak lalui kehidupan
awak selama 4 tahun ni ek? Tak pernah ke memori antara kita muncul dalam
ingatan awak? Tak pernah ke walau sekali ada benda-benda yang mengingatkan awak
pada saya?”
Tu la soalan yang aku nak sangat
tanya dia. Seriously, aku redha kalau dia bukan jodoh aku. Aku just nak jawapan
atas semua persoalan yang timbul.
Ya, akan ada yang kata let bygone
be bygone. Tak kisah la, cakap la apa pun. Aku berhak untuk tahu jawapan atas apa
yang aku telah lalui sebelum ni.
Dan tiap-tiap tahun ada satu
tarikh yang aku selalu harap dia akan muncul
16 Disember
Tapi selalunya harapan tinggal
harapan.
Hmm. Cerita antara aku dan dia
adakah ianya masih ada harapan? Atau hanya aku yang mengharap agar harapan
tidak terus menjadi harapan?
Ntah, hanya pada Allah aku
berserah segalanya.
Kbai.
No comments:
Post a Comment