Friday, October 28, 2011

.......

Akhirnya selesai sudah hari yang dinantikan..








Monday, October 24, 2011

Away~~~


It may be when we no longer know what to do, we have come to our real work, and that when we no longer know which way to go, we have begun our real journey.
Wendell Berry 








P/s: Away for several days.. Will be back soon.. ^_^


Friday, October 21, 2011

#6 a favorite superhero and why?

Secara jujurnya aku bukanlah peminat mana-mana superhero pun.. Tak kira la Batman ke, Superman ke, Spiderman ke, or siapa-siapa la yang digelar superhero, aku memang tak layan.. Ok.. Spiderman aku layan la sikit, tapi siikiitttt jee.. Hehe.. Aku memang kurang minat cerita-cerita yang berkaitan superhero ni, mungkin tak kena dengan jiwa aku kot.. Biasalaa, walaupun aku ni nampak macam kasar tapi ciri-ciri perempuan melayu terakhir masih menebal dalam jiwa raga aku nii.. Waahhhhhh gituuuuuuuu.. Haha.. (Menangis agaknya kalau kawan-kawan aku baca statement nii.. Nasib baik Kak Yana je yang rajin singgah blog aku nii.. Heee..)..

Ok.. ok.. Balik ke landasan yang sebenar.. Haha.. So bila ditanya apakah favorite superhero aku? Aku jadi blur.. Oh.. Tetiba teringat blur (F bukan nama sebenar), masa sekolah dulu ada kawan aku kitorang panggil dia blur.. Dulu je blur, bila dah masuk Universiti tak blur dah, bijak pandai ada laa.. *Motif tetiba masuk cite pasal blur, hope dia tak jumpa blog nii.. Hahahahaha..* Orait bebeh, I melalut lagi nampaknya.. Hee.. So untuk jawapan kepada soalan diatas, kalau aku jawab Keluang Man boleh tak? Bukanlah favorite sangat pun, tapi dah dia superhero Melayu, kena la sokong dia.. Haha.. Kalau ikukan Cicakman lagi famous compared to Keluang Man kan? Tapi asal aku tak pilih Cicakman ek??????


Keluang Man & Tiong Man

Sebabbbbbbbbbbb aku tak suka cicaakkkkkkkkkk... Eeeeeiiiiii.. 


So rasanya budak zaman sekarang maybe tak tau kot wujudnya Keluang Man nii.. Dulu-dulu kan dik (merujuk kepada adik-adik yang masih sekolah), akak-akak dan abang-abang nii, takde pun internet.. Hatta, henpon pun takde tau.. Tapi tak taula kenapa rasa seronok je pergi sekolah, pastu balik rumah layan Rosalinda.. Masa zaman akak sekolah dulu, Rosalinda famous tauuu.. Haha.. Kalau terlepas tengok, tak dapek la nak nolong.. Bukan macam sekarang, boleh cari kat internet.. Petang dalam pukul 6 pulak, tengok cerita Cina kat TV3.. Memang best laa.. Dalam pukul 7.30pm, masa ni laa ada Keluang Man ke, Doraemon ke, Anak-anak Sidek ke.. Tapi kadang-kadang tak dapat pun nak layan.. Sebab masa tu kan dah Maghrib, kena mandi, sebab nak solat and nak pergi mengaji kat rumah jiran.. So malam lepas dinner, startla buat kerja sekolah sambil tengok TV.. Then tido la sebab esok nak bangun awal, nak pergi sekolah.. Sebab tak sabar nak jumpa kawan-kawan.. Yelaa, nak discuss balik laa, apa yang kitorang dah tengok semalam.. Hehe.. Budak-budak perempuan.. Biasala kan.. Heee.. Nak bincang kat Facebook, Facebook pun takde lagi time tuu.. Sedihkan.. Tak macam adik-adik semua, tiap-tiap masa boleh share dekat Facebook.. Huuu..

Tapi kan dik, bagi akak-akak dan abang-abang semua, kitorang rasa life kitorang complete walaupun masa tu takde internet, takde henpon.. Susahlaa nak cari hiburan melainkan dengar radio or tengok TV je laa.. Ni akak bercakap melalui pengalaman akak.. Akak membesar tanpa hiburan yang melampau.. Tapi tengok TV tu wajib.. Hahaha.. Tapi dik, akak rasa akak dan kawan-kawan akak sangat gembira dengan zaman kanak-kanak kitorang.. Kitorang berebut-berebut nak beli Ding Dang, Tora, Jojo.. Main Donkey laa, Happy Family laa and macam-macam lagi la dik.. Kalau citer memang tak habis laa.. Seronok sangaaaatttttt.. Oh.. Kadang-kadang main Polis Sentri, Datuk Harimau, Aiskrim Soda.. Wahh.. Seronoknyaaaaa.. Adik-adik dengar citer akak ni adik-adik rasa seronok takk?? Ok.. Abaikan kalau adik-adik tak rasa apa-apa.. Haha.. Tapi yelaa, zaman adik-adik dengan akak berbeza kan.. Tak boleh jugak nak salahkan adik-adik kan.. Cuma akak nak cakap hargailah zaman kanak-kanak dan sekolah sebaik mungkin.. Cuba adik-adik letak tepi dulu Facebook adik-adik, blog adik-adik.. Dan hayati apa yang ada keliling adik-adik.. Tanya dalam diri adik-adik apa yang adik-adik nak jadi untuk masa depan adik-adik.. Berpijak pada realiti.. Walaupun kita budak-budak, maksud akak, adik-adik la budak-budak.. Tapi akak pun budak apa, tak kawin lagi kan.. Hehe.. Ok.. ok.. Tukar ayat.. Karang ada pulak yang marah.. Walaupun adik-adik semua budak-budak lagii, berfikirlah dengan bijak ok!! 


Renung-renungkan.. Dan selamat beramal!!!!!!!!





Huuwaaaaaaaaaaa... Tetiba macam pergi kat kem motivasi kan aku nii.. Mana cerita superhero akuuuuuuuuu............




P/s: Walaupun aku (kembali kepada mod asal) nampak macam mengarut je.. Tapi sebenarnya aku serious.. Aku tengok sekarang ni life budak-budak sekarang tak macam zaman kita-kita dulu.. Dorang macam dipaksa untuk jadi dewasa sebelum waktunya.. Hope korang faham la apa yang aku nak sampaikan nii.. Apa-apa pun, ingatlah kita ni pewaris bangsa dan negara!!





Sebenarnya ni la superhero aku!! (Masa kecik2 dulu)

Tuesday, October 18, 2011

Next to You - Jorge and Alexa Narves



I love this song because of their bonding.. Just see the way Jorge sang this song to his daughter, Alexa, full with emotions.. Oh noo.. I'm crying..


Nothing will ever come between us
I'll be standing right next to you
Right next to you

Original song by: Chris Brown ft Justin Bieber




P/s: I'm hoping that my future husband can be like this.. Amin














Monday, October 17, 2011

Takde tajuk

Assalamualaikum.. Haiiii.. Ape habaq semua.. Dah 2, 3 hari jugak I tak update blog.. Hakhakhak.. Bajet famous la pulak kan.. Padahal siapa je yang baca blog aku yang tak seberapa nii.. Hehe.. Weekend aku memang tak online sangat coz adik aku semua ada kat rumah.. So sebagai kakak yang cantik, sopan-santun, lemah-lembut, baik hati (naik lif tekan sendiri.. haha), aku kena mengalah lah dengan dorang.. Bagi dorang la pulak yang guna.. Agak-agak boleh dapat Anugerah Kakak Terbaik tak? Hikhikhik..

Apa-apa pun topik aku yang sebenar bukanlah nak menunjuk yang aku ni baik (tapi memang betul pun kan.. hahaha).. Cuma tiba-tiba aku terfikir, macam mana kalau mak ke, abah ke, adik-adik ke or even saudara-mara baca blog aku ni macam mana???? Aku segan weeiiiiiiii... Memang la aku suka bangga-bangga bagitau kat orang yang aku suka tulis blog dan aku ada blog, tapi hakikatnya aku malu bila orang baca hasil penulisan aku yang tak seberapa nii (walaupun dalam hati nak jugak orang baca)..

Tapi bila pikir-pikir balik blog ni untuk dibaca kan, kalau tak nak orang singgah baca kat blog kita, tak payah la buat blog kan?? Ntah pape la Fara nii.. Piiirahhhhhhhhhhhh...


P/s: Entry kali ni agak separa gilaaa.. Hahahaha

Thursday, October 13, 2011

Pesta Konvokesyen UiTM Perak

Bersempena dengan Istiadat Konvokesyen Ke - 75 Universiti Teknologi MARA (Perak), Pesta Konvokesyen akan diadakan pada 25 hingga 27 Oktober 2011. Antara Program yang telah diaturkan sepanjang Pesta Konvokesyen ini adalah:

Berlangsung di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, 9.00 pagi hingga 4.30 petang:

1.        Convojobshop - Booth pameran majikan bagi tujuan penerangan, ’screening’ dan ’drop resume’ serta  pendaftaran
penempatan pekerjaan.
2.        Pameran Agensi Kerajaan - Polis, Jabatan Pertahanan Awam, JKJR dan Bomba
3.        Kempen Derma Darah - Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Ada cenderahati untuk 75 penderma terawal.

Berlangsung di Padang Kawad:

1.        Gerai Jualan Bunga, Cenderahati, Makanan, Pakaian dan macam-macam lagi
2.        Persembahan Kumpulan Nasyid Inteam - 9.00 hingga 11.00 malam, 26 Oktober 2011

Bagi yang berminat mencari pekerjaan, sila bawa bersama resume, gambar ukuran passport dan dokumen berkaitan. 






Komen aku:
Memandangkan aku ni pengangggur dan pada masa yang sama akan berkonvo, program yang paling menarik minat aku ialah  Convojobshop.. Yela, boleh jugak aku drop resume aku kan.. Mana tau ada rezeki.. Huhu.. Selain daripada tu, aku jugak nak pergi derma darah.. Yeeaaaa!! Last time aku derma darah masa bulan March masa praktikal kat Swiss Garden.. Tapi kan apa yang aku perhatikan, bila Uni aku buat event je, mesti ada program derma darah.. Ok la tu kan, students pun muda-muda lagi, masih kuat, so boleh la derma darah kan.. Sebab hospital memang sangat-sangat memerlukan bekalan darah setiap hari.. Aku tau ni pun sebab masa derma darah tu kawan aku tanya nurse tu, agak-agak bekalan darah yang dorang datang ambik ni bertahan sampai bila.. Nurse tu cakap, hari ni pun boleh habis.. See.. So kepada kita yang muda-muda ni rajin-rajin la derma darah.. Mungkin kita tak mampu dari segi wang ringgit, tapi kita boleh derma darah kan? Dah la free je, dapat pahala pulak tuu.. Selain tu kadang-kadang dapat air kotak free dan biskut tiger.. Tapi jangan lah menderma semata-mata nak dapat kan air kotak dan biskut tiger pulak.. Hehe..

Ok.. ok.. Meleret sampai ke derma darah pulak sepatutnya cerita pasal Pesta Konvokesyen la kan.. Hehe.. Tapi aku lagi suka sebut Convo Fair ala macam kat UTP tu, dorang guna Convo Fair mungkin sebab student dia dari macam-macam negara.. So kena la sebut Convo Fair kan.. Btw, Ni sebenarnya kali ke-3 UiTM Perak buat konvokesyen kat kampus sendiri.. Yela, sebelum ni semua acara besar-besar termasuk la konvokesyen, buat kat UiTM Shah Alam. Selain UiTM Perak, kampus yang buat konvokesyen sendiri ialah UiTM Perlis, UiTM Terengganu, dan UiTM Sarawak.. Aku tak tau laa konvo kat Perak macam mana, sebab the previous konvokesyen yang buat kat Perak aku tak pernah attend pun sebab time tu buat masa cuti sem kan.. Kawan-kawan aku cakap tak meriah sangat, mungkin faktor cuti sem kot.. Students lain semua dah balik kampung halaman masing-masing so tak dapat la sama-sama memeriahkan pesta konvokesyen..


Walaupun Uni aku buat pesta konvo aku tak pernah pergi, tapi UTP Convo Fair aku pergi.. Dua hari berturut-turut pulak tuu.. Sebenarnya agenda lebih kepada nak lepak dengan member-member UTP.. Sambil-sambil tu nak jalan-jalan tengok UTP.. Aku pergi malam sebab nak tengok persembahan dari Hattan dan Zamani.. Meriah la jugak.. Dan aku expect pesta konvo UiTM tahun ni best sebab bukan dibuat pada cuti sem.. So boleh la jumpa junior dan kawan-kawan yang lain.. Oh! Tak sabar nak balik Perak.. Hajat di hati ni nak jugak jumpa kawan-kawan UTP, tapi dorang pun dah cuti sem kan.. So takde rezeki laa nak jumpa dorang.. Huhu..


So aku, Kak Yana dan kawan-kawan yang plan nak balik Perak hari Isnin, sebab Selasa ambik jubah + raptai then Khamis pulak konvo, sidang pagi pulak tuu.. Harus lah bangun pagi yeee.. Hehe.. Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk kami semua dan aku harap kitorang selamat pergi dan balik... 

P/s: Kitorang sekarang ni ada macam-macam plan tapi tak tau la cukup ke tak dengan masa yang ada nanti..  Hope semua orang akan happy nanti!! Doakan kami ye!!



Lean on me



Dedicated to all my friends.. Enjoy!!










Review Novel: Contengan Jalanan - Hlovate

Depan-Belakang

Ok.. I'm back to the right track.. Tak nak sedih-sedih macam previous entry.. Aku kena kembali bersemangat.. Yeahh.. Biasalaa orang-orang macam aku ni ada masanya akan rasa down.. Dah.. Dah.. Tak nak melalut lagi.. 

So malam ni aku nak review the best ever novel so far.. Ni based on taste aku ok.. Maybe orang lain punya cita rasa tak sama dengan aku.. Ni antara point-point kenapa aku suka sangat dengan novel ni.. 

1. Penulis: Novel ni ditulis oleh Hlovate.. Semua novel Hlovate aku memang minat la.. Sebab cara penulisan Hlovate sangat berbeza dan kalau korang ni peminat setia Hlovate, korang memang dapat kesan gaya penulisan Hlovate.. Bagi aku semua novel Hlovate intipatinya adalah sama iaitu berubah ke arah kebaikan, tapi setiap novel di olah dengan cara berbeza.. That's why, bila aku nampak je buku ni kat kedai, aku terus grab sebab ni adalah karya Hlovate.. Kalau korang nak try improve English pun korang boleh baca novel-novel by Hlovate ni.. Kalau nak tau kenapa kena try baca laa.. :D

2.Cover: Larisnya sebuah buku bagi aku selain faktor penulis adalah cover sesebuah novel.. Cover untuk Contengan Jalanan ni sangat unik.. Sebab first time bila korang nampak buku ni, mesti korang susah nak bezakan yang mana satu cover depan dan yang mana satu cover belakang.. So bila dah start baca baru korang akan tahu.. Hehehe.. 

3. Story line: Dalam novel Contengan Jalanan ni Hlovate buat dua cerita tapi saling berkait Bahagian 1 mengenai Fend dan Bahagian 2 mengenai K square. Fend dan K square ni kawan baik, so dekat Bahagian 1 tu kita akan dapat cerita dari sudut pandangan Fend manakala bahagian lagi satu dari sudut pandangan K square pulak.. Tapi aku ingatkan lagi sekali, cerita ni saling berkait.. 

Kalau ikutkan, aku boleh klasifikasikan novel ni sebagai novel motivasi tapi disampaikan dengan cara yang sangat santai tapi still ada hadis, ada ayat Al-quran, ada petikan dari buku.. Pendek kata buku ni sangat tepat untuk siapa yang nak kan motivasi dari bacaan yang ringan.. Dan lagi satu, novel ni bukan macam novel tipikal yang lain yang asyik pasal hal dunia, cintan-cintun laa, couple laa.. Tapi novel ni berkenaan kembara mencari diri.. Siapa kita kat bumi Allah ni.. Apa-apa pun try la baca novel ni.. Tak rugi kalau novel ni jadi koleksi korang.. Aku nak bagi pinjam kat korang pun tak boleh, sebab ni bukan aku yang beli, tapi adik aku.. Hehehe.. (Cerita nak gempak je, tapi novel orang lain punya rupanya.. Hehe)

Dah meningkat dewasa ni, aku dah tak kuasa nak layan novel pasal couple, ok, kalau boring sangat aku baca la jugak kan.. Tapi novel-novel macam tu bukan first choice aku laa.. Sekarang ni aku suka baca novel atau buku yang boleh buat aku berfikir betapa kerdilnya aku kat dunia ni.. So that aku lebih motivated.. Masa sekolah dulu aku gila dengan novel Alaf 21 dan novel paling aku minat Ombak Rindu (Fauziah Ashaari) dan Bicara Hati (Damya Hanna).. Tapi sayangnya kawan aku pinjam dan tak pulangkan.. Sedihnyaaaa.. Huhuhuhu.. Ada tak siapa-siapa yang nak pinjam kan aku novel-novel ni? Hehehe

Selain Contengan Jalanan, ni antara novel tulisan Hlovate yang aku ada:
1. 5 Tahun 5 Bulan (First novel by Hlovate yang aku baca tak silap masa tahun 2007)
2. Versus
3. Tunas
4. Rooftop Rant

Novel Hlovate yang aku takde tapi dah baca:
1. Aa + Bb (Tunas & Aa + Bb, 2 novel yang saling berkait)

Apa-apa pun aku menantikan novel-novel yang lebih baik daripada Hlovate sebab aku sangat admire cara penulisan dia.. ^_^

P/s: Its all about Hlovate.. Good Luck!! 



Wednesday, October 12, 2011

Hilang Rasa Cinta - Grey Sky Morning



Hilang Rasa Cinta - Grey Sky Morning

Aku bukan yang sempurna
Ibarat kaca dan permata
Aku insan atas nama cinta
Kau menerima cintaku dalam apa saja

Aku
Hilang rasa sayang
Hilang rasa benci
Hilang segala janji
Termeterai di hati
Tinggal hanya mimpi
Untuk selamanya

Aku
Membiar engkau pergi
Jangan kau tangisi
Ku korban cinta suci
Berakhir di sini
Ku doa kau bahagia bersama dirinya

Berkecai kasih yang tercipta
Ibarat kaca dan permata
Aku insan atas nama cinta
Kau menerima cintaku dalam apa saja

Aku
Hilang rasa sayang
Hilang rasa benci
Hilang segala janji
Di sini ku doa kau bahagia
Bersama dirinya

Aku
Membiar engkau pergi
Jangan kau tangisi
Ku korban cinta suci
Berakhir di sini
Ku doa kau bahagia bersama dirinya

Aku
Hilang rasa sayang
Hilang rasa benci

Tuesday, October 11, 2011

Terkejut

Fuh! Pagi-pagi buta aku dah terkena serangan jantung.. Takde, tadi aku nak buat entry pasal kenangan zaman sekolah.. So aku cari la gambar-gambar lama kat album dalam Facebook.. Sebenarnya aku ada je soft copy gambar-gambar tu dalam laptop aku, tapi laptop aku, adik lelaki aku guna, dia bawak pergi Shah Alam.. Sekarang ni aku guna laptop adik perempuan aku.. Takpelaa, its ok.. Ada je gambar-gambar tu dalam Facebook kan.. Sedang aku bergembira pilih gambar, aku terclick la kat satu gambar yang aku suka.. Adoi, lupa pulak aku kat gambar tu boyfriend ex aku pernah komen, dah lama dah dia komen masa 2009, before kitorang break lagi, tapi selama ni aku tak tergugat sebab dia tak guna muka dia as profile picture.. Kali ni dia guna muka dia pulak.. Mau aku tak terkejut beruk kucing bila tengok muka dia yang makin handsome (err.. ni based on taste aku laa.. ). Ok, untuk pengetahuan korang, kitorang tak friend dah pun kat Facebook since kitorang break masa awal tahun 2010 dan di alam realiti pun aku tak tau pape dah pasal dia.. Memang lost contact terus.. Makanya bila aku terpandang je muka dia yang makin kacak bergaya (sebab makin matured kot) tu, jantung aku lantas berdegup kencang.. Ceewaaahhh.. Haha.. Bukan apa, sebab dah lama sangat tak tau cerita dia kat over the sea tu.. Aku rasa dia ok je kot.. Nampak macam bahagia je.. Haha.. Apa-apa je lah..

Aku? Saat berdegup je jantung aku tatkala aku terpandang muka dia, cepat-cepat aku bertenang.. Aku takut sangat aku menangis.. Nasib baik aku ok je.. Ye laa.. Benda pun dah setahun lebih dah berlalu.. Sepatutnya aku move on la kan.. Tapi aku ni, mulut je cakap move on, tapi hati ni.. haha.. Takde siapa yang tau.. 

Takpelaa awak, kita terus kan je hidup masing-masing kan.. Capai kejayaan dan gembirakan family kita.. Tu yang kita doakan selama ni kan.. Dari time SPM, sampaila saya kat Matrix, awak kat UTM buat Foundation dan akhirnya saya end up kat UiTM dan awak pulak fly ke sana.. Tu je yang meniti kat bibir kita kan.. Mungkin time SPM dan masa saya kat Matrix saya tak se excellent awak.. But at last kat UiTM saya genggam jugak cita-cita saya..  

Akhir kata, kalau awak dah jumpa orang lain, saya dah redha se redhanya.. Janganla  rasa bersalah ke apa ke.. Saya takkan doakan awak bukan-bukan pun.. Lagi pun jodoh kan ditangan Allah.. Saya takde hak pun untuk cakap pape kan.. Bekas luka tu ada lagi, tapi saya dah ok dah.. Saya bangkit jadi wanita yang kuat.. Semua ni pengalaman untuk saya.. Tanpa semua ni, saya pasti akan terus terbuai dalam lena yang panjang.. Terima kasih awak sebab bagi saya pengalaman yang berharga ni.. Thanks a lot.. Walaupun raya dah lepas, saya still nak mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.. Hehehe.. Kalau boleh nak duit raya dalam Yen.. Haha

Oppss.. Lupa pulak.. Ni final year awak kat sana kan? Good Luck ye.. Hope awak dapat continue degree kat sana pulak sebagaimana yang dirancangkan oleh awak.. (See.. Saya ingat lagi apa awak bagi tau saya masa 2009.. Haha)

K laa.. Babai... Kat Malaysia sekarang ni 5.40am kat sana of course la 6.40am kan.. Tatatititutu.. :D







P/s: Aku ni menulis macam dia baca je.. Haha.. 






Tolong menolong

Tadi, masa tengah layan forum, dan pada masa yang sama layan jugak Facebook, tiba-tiba my best friend masa kat mrsm dulu, Masitah Muslim a.k.a Cta tegur kat Facebook Chat, mula-mula Cta cite pasal Kaspersky yang die download tu macam ada problem, bila aku tanya line internet slow ke? Cta cakap line ok je.. So aku pun tak tau nak tolong macam mana since aku pun bukannya pakar dalam benda-benda macam nii.. Hehe.. Sorry la Cik Cta, tak dapat tolong awak pasal Kaspersky tuu.. Huhuhu.. 

So, memandangkan Cik Cta kita ni ada blog, so aku pun bertanya khabar la tentang blog beliau.. Comel je blog Cik Cta ni and blog dia pun poyo macam dia.. Hakhakhak.. Cik Cta pun merungut laa yang die takde mood nak menulis sebab katanya, blog dia tak cantik.. Bukan aku yang cakap, tapi Cik Cta yang cakap.. Hehehe.. Disebabkan Cik Fara ni terlebih rajin dan konon-konon macam terror je design blog, jadi aku telah diberikan tugas oleh Cik Cta untuk memperbaiki rupa bentuk blognya.. Haha.. Walaupun tak la terror sangat, tapi demi tidak menghampakan Cik Cta, saya pun tolong lah beliau.. 

Akhirnya inilah yang terhasil >> pOyo itU tOtot  Tak la cantik mana tapi aku harap Cik Cta suka sebab aku hanyalah di tahap amatur lagi dalam bidang blog ini.. Hope Cik Cta terus bersemangat dalam dunia blog nii..

Cik Fara sayang Cik Cta

P/s: Ni la best friend kat maktab dulu tapi aku selalu marah-marah Cik Cta ni.. Sorry ye, walaupun saya garang, tapi saya sayang awak.. Peace..^_^


Time prep malam 2006 -buruknya aku-




Monday, October 10, 2011

Jom Vote Yuna!!!

Ok guys, MTV Iggy ada buat Best New Band in the World 2011, so Yuna adalah artis yang tersenarai sebagai calon disamping artis-artis negara lain iaitu Angus & Julia Stone (Australia), Atif Aslam (Pakistan), Ghostpoet (UK), Gyptian (Jamaica), La Vida Boheme (Venezuela), Skrillex (US), Ximena Sarinana (Mexico), Zowie (New Zealand) dan 2NE1 (South Korea).Gila hebat kan Yuna sampai boleh tersenarai dengan artis dari negara lain.. Honestly aku memang peminat Yuna dan aku sangat bangga dengan Yuna.. So untuk menunjukkan tanda sokongan kita pada Yuna, jom kita vote Yuna.. Firstly korang pergi sini >> MTV Iggy then click banner yang ada gambar Yuna tuu, pastu boleh lah korang vote dia.. Vote banyak-banyak tau!! 


Jom ramai-ramai vote Yuna!





#11 another picture of you and your friends

Time raya rumah Intan

Event kat SMK Raja Shahriman.. Best!

Time kelas En Othman canceled.. Muka kecewa je.. haha

Bangga-bangga dengan aircond baru.. hehe

Sunday, October 9, 2011

#9 something you're proud of in the past few days

Ok.. For the past few days something yang aku bangga kan of course la sebab aku akan berkonvo as a First Class Degree Holder

Tu diaa..











#8 short term goals for this month and why?

Nak dapat kan kerja secepat mungkinnnnnnnnnnn... Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa... 

P/s: Tu la short term aku.. Ada siapa-siapa nak offer kerja tak? :D

#5 a picture of somewhere you have been

Fara & Azi

Azi, Fara & Bella


Seminggu before Ramadhan aku, Azie & Bella berphotoshooting kat KLIA.. Kitorang saje je menggedik kat KLIA ni.. Haha.. Actually, kitorang pergi KLIA ni sebab nak hantar kawan Azie, Fang Yi balik Sabah.. So alang-alang dah pergi sana, kitorang pun, apa lagi, bergambar laa.. Teehee.. 

P/s: Semenjak aku kenal Azila Ismail ni la aku jadi gila gambar.. Haha.. Peace

#4 a habit that you wish you didn't have

Hmm.. Banyak sebenarnya habit negatif yang aku harap dapat hilang dari aku ni.. Tapi bila fikir-fikir balik, habit ni la sebenarnya yang represent siapa aku.. Ni la personaliti aku.. Mungkin bila aku dah agak matang, aku akan berubah dengan sendirinya kot.. Takkan dipaksa-paksa dah.. So antara habit yang aku nak buang dari diri aku seiring dengan kematangan aku ialah:

1.Suka bangun lambat - lepas ni nak start belajar bangun awal
2.Suka sepah-sepah kan baju
3.Selfish kot..

Buat masa sekarang ni je la kot yang aku rasa negatif.. Banyak lagi sebenarnya, tapi mungkin aku je yang tak sedar.. hehe

#3 a picture of you and your friends

Kawan-kawan Batang Kali

Kawan-kawan Matrix

Kawan-kawan UiTM

#2 the meaning behind your blog name

Lunatic Fara

Sebenarnya masa buat blog ni takde idea nak letak nama apa.. So aku just guna word lunatic tu sebab rasa macam catchy la pulak kan.. Lunatic maksudnya gila.. Aku ni kadang-kadang ada la time jadi gila-gila.. Tu je la kot maksud di sebalik nama blog ni.. haha

Saturday, October 8, 2011

#1 the recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Ni pic latest la jugak.. Ni time hangout dengan family kat Danau & Dataran





15 interesting facts about yourself >> Haha


1. Sangat suka membaca.. Tak kira lah apa pun, janji boleh baca..


2. Suka tidur.. Kalau aku nak lari dari something aku akan tidur


3. Agak terror dalam math (ceh! bangga-bangga la pulak.. haha), tapi yang pelik bila nak kira duit, aku memang lembap.. Apakah??


4. Addicted with COKE.. Masa kat rumah sewa mesti ada stok Coke..


5. Sangat suka kan gaya Yuna & Hana Tajima (Yuna: her shawl & make up, Hana: her shawl)


6. Overconfident (kadang-kadang bagus, kadang-kadang tak)


7. Bak kata kawan aku, aku takde luck dalam bercinta.. haha


8. Sensitif la jugak.. Mudah menangis


9. Tak makan durian tapi suka tempoyak..


10. Apa lagi ye, hmm.. suka berbaju kurung.. Nampak ayu..


11. Seorang yang sangat ego dan keras hati sebenarnya, tapi ramai yang tak tahu..


12. Family oriented.. Apa apa pun family first..


13. Dulu seorang yang sangat susah nak berkawan, tapi semenjak masuk asrama masa Form 4, dah start pandai berkawan..


14. Lebih suka long distance relationship.. Sebab tak suka dating..


15. Suka memasak tapi tak suka kemas rumah.. hehe


So ada siapa-siapa yang sama dengan aku? Kalau lelaki yang ada ciri-ciri yang sama dengan aku, nampaknya kita ada jodoh la kot.. Hahahaha.. Tapi orang tua-tua cakap, kalau nak cari pasangan biarla sifat dia kontra dengan kita, baru lah saling melengkapi.. Tak gituuuu???? Haha


Babaiiiiiiiiiiiiii...........

Pemikir negatif

Dalam kehidupan ini, tak selalu kita merasa gembira, kadang-kadang kita sedih, marah, kecewa, geram, sakit hati and this feelings have blended together.


All this while, aku pendamkann semua rasa yang negatif ni, ye, actually aku seorang yang negatif.. Dari dulu lagi aku selalu merasakan yang aku ni negatif..


Aku selalu berbeza pendapat dengan kawan-kawan, kawan-kawan aku suka dengar lagu kuat-kuat, tapi aku tak.. Kawan-kawan aku suka lepak ramai-ramai, tapi aku suka duduk sorang-sorang.. Orang lain suka buat discussion, tapi aku lebih suka buat kerja sorang-sorang.. Orang lain suka lepak-lepak, tapi aku sebenarnya lebih suka duduk diam-diam kat rumah.. Dan banyak lagi laa..


Tapi sampai bila aku perlu negatif sebab bagi aku, dalam kehidupan ni kita kadang-kadang perlu jugak ikut rentak orang lain. Aku cuba untuk tidak menjadi terlalu negatif, tapi sometimes kalah la jugak dengan diri sendiri.. For me, tak salah untuk menjadi negatif dalam sesetengah keadaan sebab cara kita berfikir tak sama dengan orang lain..


Dan aku mohon sangat-sangat that people surrounding me can understand me and don't blamed me if i am negative because, pemikiran kita & perancangan kita tak sama sebenarnya.. Sometimes, please do understand me.. 

:D

Oh hai.. Agak lama la jugak tak menulis kan.. Bukan apa, takde mood nak tulis bila blog tak cantik.. Biasala under construction kan.. Apa pun aku akan start ber blog balik.. Rindu nak menulis.. huuuuu