Thursday, October 13, 2011

Review Novel: Contengan Jalanan - Hlovate

Depan-Belakang

Ok.. I'm back to the right track.. Tak nak sedih-sedih macam previous entry.. Aku kena kembali bersemangat.. Yeahh.. Biasalaa orang-orang macam aku ni ada masanya akan rasa down.. Dah.. Dah.. Tak nak melalut lagi.. 

So malam ni aku nak review the best ever novel so far.. Ni based on taste aku ok.. Maybe orang lain punya cita rasa tak sama dengan aku.. Ni antara point-point kenapa aku suka sangat dengan novel ni.. 

1. Penulis: Novel ni ditulis oleh Hlovate.. Semua novel Hlovate aku memang minat la.. Sebab cara penulisan Hlovate sangat berbeza dan kalau korang ni peminat setia Hlovate, korang memang dapat kesan gaya penulisan Hlovate.. Bagi aku semua novel Hlovate intipatinya adalah sama iaitu berubah ke arah kebaikan, tapi setiap novel di olah dengan cara berbeza.. That's why, bila aku nampak je buku ni kat kedai, aku terus grab sebab ni adalah karya Hlovate.. Kalau korang nak try improve English pun korang boleh baca novel-novel by Hlovate ni.. Kalau nak tau kenapa kena try baca laa.. :D

2.Cover: Larisnya sebuah buku bagi aku selain faktor penulis adalah cover sesebuah novel.. Cover untuk Contengan Jalanan ni sangat unik.. Sebab first time bila korang nampak buku ni, mesti korang susah nak bezakan yang mana satu cover depan dan yang mana satu cover belakang.. So bila dah start baca baru korang akan tahu.. Hehehe.. 

3. Story line: Dalam novel Contengan Jalanan ni Hlovate buat dua cerita tapi saling berkait Bahagian 1 mengenai Fend dan Bahagian 2 mengenai K square. Fend dan K square ni kawan baik, so dekat Bahagian 1 tu kita akan dapat cerita dari sudut pandangan Fend manakala bahagian lagi satu dari sudut pandangan K square pulak.. Tapi aku ingatkan lagi sekali, cerita ni saling berkait.. 

Kalau ikutkan, aku boleh klasifikasikan novel ni sebagai novel motivasi tapi disampaikan dengan cara yang sangat santai tapi still ada hadis, ada ayat Al-quran, ada petikan dari buku.. Pendek kata buku ni sangat tepat untuk siapa yang nak kan motivasi dari bacaan yang ringan.. Dan lagi satu, novel ni bukan macam novel tipikal yang lain yang asyik pasal hal dunia, cintan-cintun laa, couple laa.. Tapi novel ni berkenaan kembara mencari diri.. Siapa kita kat bumi Allah ni.. Apa-apa pun try la baca novel ni.. Tak rugi kalau novel ni jadi koleksi korang.. Aku nak bagi pinjam kat korang pun tak boleh, sebab ni bukan aku yang beli, tapi adik aku.. Hehehe.. (Cerita nak gempak je, tapi novel orang lain punya rupanya.. Hehe)

Dah meningkat dewasa ni, aku dah tak kuasa nak layan novel pasal couple, ok, kalau boring sangat aku baca la jugak kan.. Tapi novel-novel macam tu bukan first choice aku laa.. Sekarang ni aku suka baca novel atau buku yang boleh buat aku berfikir betapa kerdilnya aku kat dunia ni.. So that aku lebih motivated.. Masa sekolah dulu aku gila dengan novel Alaf 21 dan novel paling aku minat Ombak Rindu (Fauziah Ashaari) dan Bicara Hati (Damya Hanna).. Tapi sayangnya kawan aku pinjam dan tak pulangkan.. Sedihnyaaaa.. Huhuhuhu.. Ada tak siapa-siapa yang nak pinjam kan aku novel-novel ni? Hehehe

Selain Contengan Jalanan, ni antara novel tulisan Hlovate yang aku ada:
1. 5 Tahun 5 Bulan (First novel by Hlovate yang aku baca tak silap masa tahun 2007)
2. Versus
3. Tunas
4. Rooftop Rant

Novel Hlovate yang aku takde tapi dah baca:
1. Aa + Bb (Tunas & Aa + Bb, 2 novel yang saling berkait)

Apa-apa pun aku menantikan novel-novel yang lebih baik daripada Hlovate sebab aku sangat admire cara penulisan dia.. ^_^

P/s: Its all about Hlovate.. Good Luck!! 



2 comments:

Nurliyana said...

wow.. fara da bace.. akk ske jgk penulis nih sbb akk de bace versus.. n berminat nk kumpul buku2 die.. alaa.. nih yg nk kene cr nih.. ehehe

fara said...

memang best giler kak.. kalau akak rasa versus best, contengan jalanan lagi best.. terbaikkkkkkk!! hehe