Thursday, May 23, 2013

HIKMAH

Assalamualaikum..

Hari ni sebenarnya aku excited sikit.. Yelaa, hari ni hari gaji, hari last bekerja untuk minggu ni sebab esok public holiday (yahuuuu!) dan hari ni juga keputusan exam PTD keluar.. Tapi apa yang aku nak fokus disini adalah berkenaan exam PTD.. Huwaaa.. Again, aku fail dalam exam PTD.. Jauh kat sudut hati ni, aku yakin yang aku score untuk Bahagian A & B tapi mesti aku tak perform untuk Bahagian C & D.. Seriously aku sangat dambakan post PTD nii.. Huhu..

Tapi aku cuba untuk tenangkan fikiran dan bermuhasabah, mungkin belum masanya untuk aku gapai jawatan PTD ni ataupun Allah sedang sediakan sesuatu yang lebih baik lagi.. Mungkinkah seorang suami yang kaya dan raya??? Hahaha.. Verangan ajer aku ni.. Yang pastinya, aku memang yakin yang Allah pasti janjikan sesuatu untuk aku dan hanya masa yang menentukan segalanya.. Kat tempat kerja sekarang ni pun kudrat dan buah fikiran aku masih diperlukan.. Mungkin hikmahnya disebalik kegagalan ini adalah aku masih dapat membantu dan menyumbang kepada kecemerlangan team aku sekarang.. Mungkin juga Allah nak aku perbaiki diri serta cungkil bakat dan skill terpendam.. Hihi..

Apa-apa pun aku redha dan akan terus berusaha! Takkan sekali kali aku berputus asa kerana untuk mencapai sesuatu kita perlu sentiasa berusaha, bertawakal dan yakin diri! Yeeaahhh! Nampaknya aku perlu lupakan seketika pada PTD ni dan rasanya aku perlu fokus pada permohonan Master pulak.. Hewhewhew.. Macam-macam pulak yang aku nak kejar nampaknya kan.. Takpe, aku pun muda dan single lagi.. Sementara masih lagi diberi kekuatan dan kelebihan masa oleh Allah, apa salahnya kita kejar cita-cita kita kan?? Menuntut ilmu ni tak pernah merugikan kita tau.. 

So, pengajaran untuk hari ini, buatlah sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh dan sekiranya tak dapat apa yang dihajati redha dan muhasabah diri kita dan yakinlah bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..

P/s: Really looking forward for this weekend.. Woohooo!

No comments: