Wednesday, June 23, 2010

Kawan-Kawan Part 1

Ini adalah senarai rakan-rakan yang pernah hadir dalam hidup aku, dan mereka-mereka ini still subur dalam hati aku.. cheewwaahhh!! hehe..

>Nurul Aini aka ain: orang first yang aku buat kawan.. dia jiran depan rumah aku masa duk Pandan Jaya dulu.. tua setahun and aku selalu main masak-masak dengan dia.. hehe

Tadika Anakku Sayang
>Fatin Bazilah: ni satu-satunya kawan tadika yang aku ingat.. yang lain lupa dah, sebab apa aku ingat?? sebab bagi aku nama dia unik, pastu dia tinggal kat taman bakti, and dulu-dulu aku selalu buat prank call kat telefon rumah die.. hehe.. mintak maaf banyak-banyak sebab susahkan family ko... err.. seingat aku, aku panggil die akak.. tapi ingat-ingat lupa..

SK Pandan Jaya
>Nik Nor Aziera: my BFF masa sekolah rendah dulu.. memang sedih masa nak pindah sekolah dulu.. tapi jumpa balik kat matrix, dia panggil aku, mula-mula aku tak cam, tapi bila jumpa balik kat kafe, baru cam.. best giler jumpa kawan lama..

>Nur Aisyah: BFF aku gak.. lemah lembut and cantik orangnya, jumpa balik kat facebook.. seingat aku, dulu aku selalu bertiga dengan nik, aisyah and aku la sape lagi.. hehe

>Kanan: aku selalu gaduh ngan budak ni.. masa dulu benci gila ngan dia.. kalau gaduh je mesti nak panggil mak la, ayah la.. pastu air masak letak kat mata, konon-konon baru lepas nangis.. hehe.. lawak pulak bila ingat balik..

>Thavamani: pernah jadi BFF aku.. die selalu jugak datang umah aku, borak dengan mak aku.. dia baik and selalu tolong aku..

>Ayshah Zafirah: otak dia gila-gila and lawak.. hehe.. ada satu bende yang still aku ingat..

>Parameswari: Duk sebelah aku time darjah 3.. selalu cakap nak masuk Islam bila dah darjah 5.. tapi aku xtau la die masuk Islam ke tak sebab masa darjah 5 aku dah pindah.. hehe

>Wai Kitt: budak cina ni cute.. hehe

>Huda: kawan aku yang comel, duk kat taman cempaka rasanya.. mak dia selalu kata aku pandai, tapi aku rasa anak dia lagi pandai.. yela huda lepas PTS, aku pulak sangkut.. huhu

>Hazim: BFF masa darjah 3.. duk depan aku dalam kelas.. kitorang selalu share stationary.. mak aku kenal mak dia sebab mak dia jual kuih kat flat.. (wei hazim, kalau ko tersinggah kat blog aku ni, sila-sila la contact aku)

>Izati and Nazirah: dorang ni selalu berdua dalam kelas.. hehe

>Amirul Asraf: kawan gado aku.. hehe

SK Kg Kuantan
>Ana: sume orang pasti akan ingat suara dia.. HAHAHAHA.. badannye sangat halus dan kecik macam tak pernah membesar.. hehe

>Intan: budak yang sangat suka merepek and suka buat lawak.. giler best kalau lepak ngan dia..hehe

>Ika: kaki gelak and suka buli aku.. die paling suka tarik tudung and kacau orang kat surau.. hehe

>Along: sepupu ika.. die selalu jadi tukang gelak.. hehe

>allahyarham Amir Izzwan: -dalam kenangan-

>Hafis: HAHAHAHA.. si rongak ituuuu.....ko rongak lagi ke wei?? haha

>Edi: si pendek yang suka bikin aku panas.. dahla panggil aku wahid.. hehe

>Awal: si pembuat roti canai, yang selalu di buli oleh aku and kawan-kawan.. hehe

>Odeng: pernah suka ana kan?? hehehe

SMKBBBK
>Norlida: bersifat keibuan, selalu dengar masalah aku and selalu backup aku.. thanks lida.. hehe

>Haslina: member first yang aku kenal masa masuk sekolah menengah..

>Husna: BFF Haslina masa form 1 then jadi BFF ana lak.. hehe

>Kasturi: selalu bincang homework dengan dia, then aku, kasturi and lain-lain pernah masuk pertandingan projek sains, then kitorang menang.. hehe.. kasturi ni terror melukis..

>Audrey: best kawan dengan die.. kitorang selalu study sama-sama masa PMR dulu.. hehe

>Afiq: err.. my ex.. hehe.. tapi sekarang jadi kawan aku.. ok la.. die baik.. haha

>Yasrid: kelakar.. hehe

>Syihabuddin: suka cari gaduh dengan aku.. hehe

MRSM
>Masitah Muslim: aku sayang dia!! walaupun aku garang dengan dia, tapi dia banyak sabar dengan aku... hehe.. nampak je minah ni blurr, tapi die pandai..

>Cipa: roommate aku masa form 5.. dia ni pun aku sayang.. sebab die suka suruh aku study sebab aku suka tido.. hehe.. selalu suruh aku g joging.. hehe

>Lily, kak nas and kak aisyah: roommate aku masa form 4.. banyak tolong aku and layan aku tatkala aku homesick.. hehe

>Hanis: roommate aku masa form 5.. orang selalu kata muka aku sama dengan die.. hehe.. pernah jaga aku masa aku demam.. thanks..

>Sue: si lemah lembut dalam bilik aku.. hehe.. weekend mak sue selalu bawak makanan kat kitorang.. thanks sue and family!! hehe

>Pipah: budak sc 6 yang pertama aku kenal.. pipah pun baik ngan aku.. sayang pipah and i miss u!!

p/s: ni baru part 1 k.. untuk konklusi aku sambung kat part 2..

NOTABULUKAKI:aku tak dapat focus kat cite SHOWDOWN la.. sobsobsob~


Thursday, June 10, 2010

SAHABAT


Sahabat… Definisi sahabat bagi aku adalah seseorang yang sanggup bersama kita saat kita dikeji, difitnah.. Dan still bersama-sama dengan kita saat kita susah atau senang.. Dan seorang sahabat juga tidak menyanjung sahabatnya tetapi sentiasa menasihati sahabatnya… Seorang sahabat tidak semestinya sentiasa bersama dengan sahabatnya.. Dan tak perlu dihebohkan kepada dunia siapa sahabat kita.. Sebab bagi aku, dalam persahabatan, kita sendiri yang akan merasai sama ada orang itu sahabat atau tak.
Dulu….. Aku merasakan orang yang sentiasa dengan aku dan boleh dikatakan satu gang dengan aku ialah SAHABAT… Sebab mereka tempat aku berkongsi cerita, tempat aku meluahkan perasaan, pemberi nasihat yang baik, lepak bersama-sama dan macam lagi aktiviti yang di buat BERSAMA-SAMA.. Aku percayakan mereka 100%.. Aku sayang SAHABAT2 aku.. Kalau boleh aku cuba untuk tutup aib dorang.. Tapi kadang2 dalam bersahabat ni kita tak sedar akan hati yang terguris dan terluka dengan kita…
Betul kata pepatah kerana mulut badan binasa… Kerana mulut lah sebuah persahabatan yang indah boleh roboh.. Aku tak faham dengan manusia ni, kenapa mereka lebih percaya maklumat yang tak berapa nak sahih daripada bertanya kepada tuan punya badan… Kenapa mereka sanggup korbankan erti sebuah persahabatan dengan hanya mendengar cerita dari sebelah pihak.. Sampai sekarang aku still tak faham.. Dan sampai bila-bila pun aku takkan faham
p/s: aku nak dorang faham apa yang aku tak faham, walaupun apa yang aku tak faham tak semestinya dorang faham dan aku faham kalau dorang tak faham apa yang aku tak faham, asalkan aku faham apa yang aku tak faham.. got it!! hahaha..
NOTABULUKAKI: SEKADAR SUKA-SUKA, TAKDE KENA MENGENA DENGAN FAHAM DAN TAK FAHAM.. MEREKA TAK BERSALAH… J

PARANOIA MENCARI KONKLUSI


Tadi, masa online, aku sempat la berblog-walking ke blog-blog orang lain.. Macam-macam ada.. Ada yang mengerikan, ada yang kelakar, ada yang melankolik dan macam-macam lagi la.. Tapi ada satu blog ni menarik perhatian aku.. Yela, bukan apa blog tu terlalu sayu, penulis tu lelaki dan memang pasti dia lelaki sebab dia one of my friends.. Tak rapat mana pun, tapi aku kenal siapa dia.. I guess dia baru break up dengan girlfriend dia.. Aku tak tau macam mana dia boleh break, tapi yang aku tau, dia sangat rasa kehilangan bila girlfriend dia tak ada, maksud aku, dah break la.. Dia rasa hidup dia kosong, sepi dan tak bersemangat.. Blog dia tu dah macam diari dia dah.. Macam-macam luahan ada kat situ.. Aku simpati jugak kat dia, tapi aku tau, tu salah dia.. Dalam hati, aku sempat bermonolog (ceh..hehe), ada lagi ye lelaki macam ni.. I mean zaman sekarang ni ada lagi ye lelaki yang ikhlas menyintai seorang perempuan.. Ada satu statement yang dia buat yang menarik hati aku, ni aku dah ubah sikit-sikit mengikut kesesuaian.. hehe.. “Walau macam mana sengsara pun hidup seorang lelaki tu, dia takkan lupa perempuan yang dia paling sayang..” Huurrmm.. Boleh caya ke?? Aku bukan nak jadi paranoid, tapi bagi aku…. susah la nak percaya..

Bila aku baca blog tu, aku jadi termenung, ter flashback balik kisah-kisah lalu yang penuh memori dan sejarah.. Teringat janji-janji manis si dia yang sekarang dah jadi debu.. Wah! Masa dulu-dulu aku rasa dia la yang terbaik, dia la yang paling aku percaya dan aku selalu percaya yang aku akan end up hidup aku dengan dia.. Honestly, walaupun dah 6 bulan break (after 4 years couple), aku still percaya HE'S THE ONE.. Tapi life must go on kan.. Dunia ni takkan tunggu aku pun, kalau aku terus sedih, aku akan ketinggalan.. Dia seronok-seronok study kat oversea tu, takkan aku nak ketinggalan dari dia kan, malu la.. Sampai sekarang, aku pegang kata-kata tu.. Ayat tu, seolah-olah semangat buat aku.. Dan kalau boleh aku pun nak study kat oversea mcm dia, biar boleh challenge dia sikit!! Haha.. (Master kat oversea, layak ke?? Huhu)
Tapi aku still rindu dia, still ingat dia sebab bagi aku dia bukan sahaja boyfriend tapi more than that, maksud aku, dia macam bestfriend.. Aku boleh borak macam-macam dengan dia, pasal politik, agama, keadaan semasa, study aku dan macam-macam lagi la.. Dia buat aku rasa sangat selesa.. Tapi nak buat macam mana, cerita banyak pun tak guna kan, benda dah jadikan.. Mungkin dia memang bukan untuk aku.. Dan sebab dia jugak aku jadi hilang percaya kat lelaki..

Takpela, hidup single pun ok apa, boleh focus kat study lebih skit, mak pun takdela fikir aku ni gatal.. kuikuikui..Anyway, benda-benda ni semua macam perencah dalam hidup kita, kalau semua benda ni tak jadi, aku tak kenal siapa aku.. Cuma aku harap lepas ni takde la orang lain pulak yang kecewakan aku (tapi tak bermakna aku nak couple tau).. Hehe.. Tak sanggup dah nak nangis-nangis ni (penat wei.. mata bengkak-bengkak).. Hehe..

p/s: sebenarnya aku tak nak la tulis pasal cinta-cinta ni(sebab aku pun geli.. hehe), tapi ntahla, mungkin dah lama simpan, aku nak cerita jugak, lagipun ni kan blog aku.. hehehe.. harap-harap tak ada yang meluat, aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa..



NOTABULUKAKI: LIVE THE LIFE TO THE FULLEST (betul ke ni?? aku main tulis je.. haha)


Sunday, June 6, 2010

CERITERA SEBIJI KEK


Huh!!?? Unbelievable? Believe it?? Haha..
Semalam Kak Ngah ajak aku buat kek coklat.. Resepi?? She got after 'googling'.. So petang tu, ber'driver' kan mak aku (hehe), kitorang pun memulakan operasi mencari bahan-bahan untuk buat kek.. Kalau ikutkan, aku malas sangat nak pergi kedai sebenarnya sebab petang tu panas dan aku pun malas nak bersiap (baru je buat entry pasal malas.. hehe).. Tapi aku pergi jugak la, since aku takut nak tinggal sorang pastu bila memikirkan yang aku dah lama tak tengok cahaya matahari, aku pun pergi je la..
Mula-mula plan nak buat lasagna dan moist choc cake, tapi lasagna pasta(if i'm not mistaken) tak ada.. So just buat cake je la.. Seriously i'm craving for lasagna.. huhu.. Tapi takpe la.. Sabar2.. Hehe.. So the ingredients for that cake are:
-serbuk coklat
-tepung naik sendiri
-mentega
-5 biji telur
-susu coklat
-gula kastor
-soda bikarbonat
-esen vanila

Dan untuk topping die, aku dah lupa, nanti la aku tanya kak ngah.. hehe.. Kitorang buat kek ni secara manual, so masa first phase tu memang aku tak suka la sebab kene pukul mentega dan gula kastor sampai kembang.. Lenguh kot.. So aku gilir-gilir dengan mak dan kak ngah.. Tapi aku la paling malas.. Hehe..

So dipendekkan cerita, kitorang pun bakar la kek tu.. Tapi pembakaran tu macam tak sempurna sangat, so ada part yang macam hangit dan ada yang half cooked.. But then, aku suka yang half cooked tuu.. Peerrgghhh!! Creamy kot.. Rasa kek tu memang not bad sebijik macam beli kat kedai, betul!! tak tipu!! Hehe..

Kiranya lepas ni boleh buka kedai kek la ye??!! HEHEHE
p/s: gambar di atas bukan gambar sebenar tapi lebih kurang la.. hehe

NOTA BULU KAKI: mana gula kat kedai?? *wondering*





Thursday, June 3, 2010

untitle

Awak
Kenapa terus menyepi,
Saya risau sangat,
Awak dah lupakan saya ke?
Tapi saya masih ingat kat awak.

Awak,
Fikiran saya semakin rungsing
Semuanya kerana awak
Awak terus menyepi
Di mana awak?

Awak,
Masa terus berlalu,
Namun awak masih menyepi,
Telefone pun tidak berfungsi,
Benarlah awak dah lupakan saya di sini

Awak,
Kini saya sedar,
Maaf jika panggilan saya selama ini menganggu awak,
Yang nyata adakah awak di takdirkan bukan untuk saya,
Biarlah saya terus menrindu,
Pasrah jika jalan ini yang kita akan pilih..

Tapi satu perkara yang awak perlu tahu,
Kenali awak adalah anugerah terindah yang pernah saye miliki.


Terima kasih awak...

nota bulu kaki: where are you??

credit: forum cari

Wednesday, June 2, 2010

MALAS


Aku rasa aku dah terkena virus MALAS lah.. Since cuti aku rasa malas sangat-sangat.. Malas makan, malas tidur, malas mandi (ooppsss.. i wangi ok!!), dan macam-macam lagi la yang aku malas.. Tapi... satu je yang aku rajin.... ONLINE!! lalala.. Aku rela tak makan, tak mandi dan tak tidur kalau dapat ONLINE.. Macam mana la mak aku tak membebel, mesti dia pun sakit kepala dengan gaya hidup aku ni.. Hehe.. Masa mula-mula cuti, memang la aku rasa bahagia sebab aku rasa bebas sangat-sangat.. Tak perlu fikir pasal assignment, test, quiz etc... Tapi lama-lama aku rasa bosan, macam useless pulak sebab tak buat apa-apa.. Nasib baik adik aku ada mintak tolong ajarkan dia fizik dan kimia, at least bergerak sikit otak aku ni.. Haha.. Yela, nak recall subjek yang dah bertahun aku tinggalkan memang menyeksakan.. Tapi puas la jugak sebab dapat tolong adik aku, walaupun tak seberapa..

Di sebabkan masa aku dihabiskan dengan ONLINE, aku tersinggah kat 1 blog ni dan penulis blog tu selitkan yang MALAS menurut AL-QURAN adalah sikap orang munafik (adakah aku..??)..

Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 140] :
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
Terima kasih banyak-banyak kat penulis blog tu, yela at least aku dapat sedar dari lena yang panjang (cheewwaaahhh!! hehe).. MALAS, walaupun hanya ada 5 huruf je.. Tapi kesan yang 'dia' bagi memang superb.. Yela.. Disebabkan malas, aku tidur tak menentu (orang tidur aku tak tidur, orang bangun baru aku tidur) makan tak menentu, then blur jer (sebab otak tak dapat berfungsi dengan baik kot).. Solat pun.. (huurrmm.. aku kena perbaiki lagi).. Diri rasa macam tak terurus.. MALAS ni kalau terus jadi darah daging memang bahaya.. Oleh itu nasihat aku untuk kawan-kawan dan juga DIRI SENDIRI, buang lah rasa MALAS.. Tak elok pun.. Bak kata IRFAN KHAIRI dalam blog beliau, kita jadi malas sebab kita berada dalam zon selesa.. Macam aku la, sekarang ni everything mak aku yang buat.. Tu yang aku jadi malas tu.. So from now on, aku kena keluar dari zon selesa ni..
ALL THE BEST UNTUK AKU!!
NOTA BULU KAKI: Berhati-hati ketika melintas jalan.. :)