Thursday, June 10, 2010

PARANOIA MENCARI KONKLUSI


Tadi, masa online, aku sempat la berblog-walking ke blog-blog orang lain.. Macam-macam ada.. Ada yang mengerikan, ada yang kelakar, ada yang melankolik dan macam-macam lagi la.. Tapi ada satu blog ni menarik perhatian aku.. Yela, bukan apa blog tu terlalu sayu, penulis tu lelaki dan memang pasti dia lelaki sebab dia one of my friends.. Tak rapat mana pun, tapi aku kenal siapa dia.. I guess dia baru break up dengan girlfriend dia.. Aku tak tau macam mana dia boleh break, tapi yang aku tau, dia sangat rasa kehilangan bila girlfriend dia tak ada, maksud aku, dah break la.. Dia rasa hidup dia kosong, sepi dan tak bersemangat.. Blog dia tu dah macam diari dia dah.. Macam-macam luahan ada kat situ.. Aku simpati jugak kat dia, tapi aku tau, tu salah dia.. Dalam hati, aku sempat bermonolog (ceh..hehe), ada lagi ye lelaki macam ni.. I mean zaman sekarang ni ada lagi ye lelaki yang ikhlas menyintai seorang perempuan.. Ada satu statement yang dia buat yang menarik hati aku, ni aku dah ubah sikit-sikit mengikut kesesuaian.. hehe.. “Walau macam mana sengsara pun hidup seorang lelaki tu, dia takkan lupa perempuan yang dia paling sayang..” Huurrmm.. Boleh caya ke?? Aku bukan nak jadi paranoid, tapi bagi aku…. susah la nak percaya..

Bila aku baca blog tu, aku jadi termenung, ter flashback balik kisah-kisah lalu yang penuh memori dan sejarah.. Teringat janji-janji manis si dia yang sekarang dah jadi debu.. Wah! Masa dulu-dulu aku rasa dia la yang terbaik, dia la yang paling aku percaya dan aku selalu percaya yang aku akan end up hidup aku dengan dia.. Honestly, walaupun dah 6 bulan break (after 4 years couple), aku still percaya HE'S THE ONE.. Tapi life must go on kan.. Dunia ni takkan tunggu aku pun, kalau aku terus sedih, aku akan ketinggalan.. Dia seronok-seronok study kat oversea tu, takkan aku nak ketinggalan dari dia kan, malu la.. Sampai sekarang, aku pegang kata-kata tu.. Ayat tu, seolah-olah semangat buat aku.. Dan kalau boleh aku pun nak study kat oversea mcm dia, biar boleh challenge dia sikit!! Haha.. (Master kat oversea, layak ke?? Huhu)
Tapi aku still rindu dia, still ingat dia sebab bagi aku dia bukan sahaja boyfriend tapi more than that, maksud aku, dia macam bestfriend.. Aku boleh borak macam-macam dengan dia, pasal politik, agama, keadaan semasa, study aku dan macam-macam lagi la.. Dia buat aku rasa sangat selesa.. Tapi nak buat macam mana, cerita banyak pun tak guna kan, benda dah jadikan.. Mungkin dia memang bukan untuk aku.. Dan sebab dia jugak aku jadi hilang percaya kat lelaki..

Takpela, hidup single pun ok apa, boleh focus kat study lebih skit, mak pun takdela fikir aku ni gatal.. kuikuikui..Anyway, benda-benda ni semua macam perencah dalam hidup kita, kalau semua benda ni tak jadi, aku tak kenal siapa aku.. Cuma aku harap lepas ni takde la orang lain pulak yang kecewakan aku (tapi tak bermakna aku nak couple tau).. Hehe.. Tak sanggup dah nak nangis-nangis ni (penat wei.. mata bengkak-bengkak).. Hehe..

p/s: sebenarnya aku tak nak la tulis pasal cinta-cinta ni(sebab aku pun geli.. hehe), tapi ntahla, mungkin dah lama simpan, aku nak cerita jugak, lagipun ni kan blog aku.. hehehe.. harap-harap tak ada yang meluat, aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa..



NOTABULUKAKI: LIVE THE LIFE TO THE FULLEST (betul ke ni?? aku main tulis je.. haha)


No comments: