Secara jujurnya aku bukanlah peminat mana-mana superhero pun.. Tak kira la Batman ke, Superman ke, Spiderman ke, or siapa-siapa la yang digelar superhero, aku memang tak layan.. Ok.. Spiderman aku layan la sikit, tapi siikiitttt jee.. Hehe.. Aku memang kurang minat cerita-cerita yang berkaitan superhero ni, mungkin tak kena dengan jiwa aku kot.. Biasalaa, walaupun aku ni nampak macam kasar tapi ciri-ciri perempuan melayu terakhir masih menebal dalam jiwa raga aku nii.. Waahhhhhh gituuuuuuuu.. Haha.. (Menangis agaknya kalau kawan-kawan aku baca statement nii.. Nasib baik Kak Yana je yang rajin singgah blog aku nii.. Heee..)..
Ok.. ok.. Balik ke landasan yang sebenar.. Haha.. So bila ditanya apakah favorite superhero aku? Aku jadi blur.. Oh.. Tetiba teringat blur (F bukan nama sebenar), masa sekolah dulu ada kawan aku kitorang panggil dia blur.. Dulu je blur, bila dah masuk Universiti tak blur dah, bijak pandai ada laa.. *Motif tetiba masuk cite pasal blur, hope dia tak jumpa blog nii.. Hahahahaha..* Orait bebeh, I melalut lagi nampaknya.. Hee.. So untuk jawapan kepada soalan diatas, kalau aku jawab Keluang Man boleh tak? Bukanlah favorite sangat pun, tapi dah dia superhero Melayu, kena la sokong dia.. Haha.. Kalau ikukan Cicakman lagi famous compared to Keluang Man kan? Tapi asal aku tak pilih Cicakman ek??????
Keluang Man & Tiong Man |
Sebabbbbbbbbbbb aku tak suka cicaakkkkkkkkkk... Eeeeeiiiiii..
So rasanya budak zaman sekarang maybe tak tau kot wujudnya Keluang Man nii.. Dulu-dulu kan dik (merujuk kepada adik-adik yang masih sekolah), akak-akak dan abang-abang nii, takde pun internet.. Hatta, henpon pun takde tau.. Tapi tak taula kenapa rasa seronok je pergi sekolah, pastu balik rumah layan Rosalinda.. Masa zaman akak sekolah dulu, Rosalinda famous tauuu.. Haha.. Kalau terlepas tengok, tak dapek la nak nolong.. Bukan macam sekarang, boleh cari kat internet.. Petang dalam pukul 6 pulak, tengok cerita Cina kat TV3.. Memang best laa.. Dalam pukul 7.30pm, masa ni laa ada Keluang Man ke, Doraemon ke, Anak-anak Sidek ke.. Tapi kadang-kadang tak dapat pun nak layan.. Sebab masa tu kan dah Maghrib, kena mandi, sebab nak solat and nak pergi mengaji kat rumah jiran.. So malam lepas dinner, startla buat kerja sekolah sambil tengok TV.. Then tido la sebab esok nak bangun awal, nak pergi sekolah.. Sebab tak sabar nak jumpa kawan-kawan.. Yelaa, nak discuss balik laa, apa yang kitorang dah tengok semalam.. Hehe.. Budak-budak perempuan.. Biasala kan.. Heee.. Nak bincang kat Facebook, Facebook pun takde lagi time tuu.. Sedihkan.. Tak macam adik-adik semua, tiap-tiap masa boleh share dekat Facebook.. Huuu..
Tapi kan dik, bagi akak-akak dan abang-abang semua, kitorang rasa life kitorang complete walaupun masa tu takde internet, takde henpon.. Susahlaa nak cari hiburan melainkan dengar radio or tengok TV je laa.. Ni akak bercakap melalui pengalaman akak.. Akak membesar tanpa hiburan yang melampau.. Tapi tengok TV tu wajib.. Hahaha.. Tapi dik, akak rasa akak dan kawan-kawan akak sangat gembira dengan zaman kanak-kanak kitorang.. Kitorang berebut-berebut nak beli Ding Dang, Tora, Jojo.. Main Donkey laa, Happy Family laa and macam-macam lagi la dik.. Kalau citer memang tak habis laa.. Seronok sangaaaatttttt.. Oh.. Kadang-kadang main Polis Sentri, Datuk Harimau, Aiskrim Soda.. Wahh.. Seronoknyaaaaa.. Adik-adik dengar citer akak ni adik-adik rasa seronok takk?? Ok.. Abaikan kalau adik-adik tak rasa apa-apa.. Haha.. Tapi yelaa, zaman adik-adik dengan akak berbeza kan.. Tak boleh jugak nak salahkan adik-adik kan.. Cuma akak nak cakap hargailah zaman kanak-kanak dan sekolah sebaik mungkin.. Cuba adik-adik letak tepi dulu Facebook adik-adik, blog adik-adik.. Dan hayati apa yang ada keliling adik-adik.. Tanya dalam diri adik-adik apa yang adik-adik nak jadi untuk masa depan adik-adik.. Berpijak pada realiti.. Walaupun kita budak-budak, maksud akak, adik-adik la budak-budak.. Tapi akak pun budak apa, tak kawin lagi kan.. Hehe.. Ok.. ok.. Tukar ayat.. Karang ada pulak yang marah.. Walaupun adik-adik semua budak-budak lagii, berfikirlah dengan bijak ok!!
Renung-renungkan.. Dan selamat beramal!!!!!!!!
Huuwaaaaaaaaaaa... Tetiba macam pergi kat kem motivasi kan aku nii.. Mana cerita superhero akuuuuuuuuu............
P/s: Walaupun aku (kembali kepada mod asal) nampak macam mengarut je.. Tapi sebenarnya aku serious.. Aku tengok sekarang ni life budak-budak sekarang tak macam zaman kita-kita dulu.. Dorang macam dipaksa untuk jadi dewasa sebelum waktunya.. Hope korang faham la apa yang aku nak sampaikan nii.. Apa-apa pun, ingatlah kita ni pewaris bangsa dan negara!!
Sebenarnya ni la superhero aku!! (Masa kecik2 dulu) |
No comments:
Post a Comment