Sahabat… Definisi sahabat bagi aku adalah seseorang yang sanggup bersama kita saat kita dikeji, difitnah.. Dan still bersama-sama dengan kita saat kita susah atau senang.. Dan seorang sahabat juga tidak menyanjung sahabatnya tetapi sentiasa menasihati sahabatnya… Seorang sahabat tidak semestinya sentiasa bersama dengan sahabatnya.. Dan tak perlu dihebohkan kepada dunia siapa sahabat kita.. Sebab bagi aku, dalam persahabatan, kita sendiri yang akan merasai sama ada orang itu sahabat atau tak.
Dulu….. Aku merasakan orang yang sentiasa dengan aku dan boleh dikatakan satu gang dengan aku ialah SAHABAT… Sebab mereka tempat aku berkongsi cerita, tempat aku meluahkan perasaan, pemberi nasihat yang baik, lepak bersama-sama dan macam lagi aktiviti yang di buat BERSAMA-SAMA.. Aku percayakan mereka 100%.. Aku sayang SAHABAT2 aku.. Kalau boleh aku cuba untuk tutup aib dorang.. Tapi kadang2 dalam bersahabat ni kita tak sedar akan hati yang terguris dan terluka dengan kita…
Betul kata pepatah kerana mulut badan binasa… Kerana mulut lah sebuah persahabatan yang indah boleh roboh.. Aku tak faham dengan manusia ni, kenapa mereka lebih percaya maklumat yang tak berapa nak sahih daripada bertanya kepada tuan punya badan… Kenapa mereka sanggup korbankan erti sebuah persahabatan dengan hanya mendengar cerita dari sebelah pihak.. Sampai sekarang aku still tak faham.. Dan sampai bila-bila pun aku takkan faham
p/s: aku nak dorang faham apa yang aku tak faham, walaupun apa yang aku tak faham tak semestinya dorang faham dan aku faham kalau dorang tak faham apa yang aku tak faham, asalkan aku faham apa yang aku tak faham.. got it!! hahaha..
NOTABULUKAKI: SEKADAR SUKA-SUKA, TAKDE KENA MENGENA DENGAN FAHAM DAN TAK FAHAM.. MEREKA TAK BERSALAH… J
1 comment:
aku faham maksud kau.
Post a Comment