Thursday, October 13, 2011

Pesta Konvokesyen UiTM Perak

Bersempena dengan Istiadat Konvokesyen Ke - 75 Universiti Teknologi MARA (Perak), Pesta Konvokesyen akan diadakan pada 25 hingga 27 Oktober 2011. Antara Program yang telah diaturkan sepanjang Pesta Konvokesyen ini adalah:

Berlangsung di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, 9.00 pagi hingga 4.30 petang:

1.        Convojobshop - Booth pameran majikan bagi tujuan penerangan, ’screening’ dan ’drop resume’ serta  pendaftaran
penempatan pekerjaan.
2.        Pameran Agensi Kerajaan - Polis, Jabatan Pertahanan Awam, JKJR dan Bomba
3.        Kempen Derma Darah - Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Ada cenderahati untuk 75 penderma terawal.

Berlangsung di Padang Kawad:

1.        Gerai Jualan Bunga, Cenderahati, Makanan, Pakaian dan macam-macam lagi
2.        Persembahan Kumpulan Nasyid Inteam - 9.00 hingga 11.00 malam, 26 Oktober 2011

Bagi yang berminat mencari pekerjaan, sila bawa bersama resume, gambar ukuran passport dan dokumen berkaitan. 






Komen aku:
Memandangkan aku ni pengangggur dan pada masa yang sama akan berkonvo, program yang paling menarik minat aku ialah  Convojobshop.. Yela, boleh jugak aku drop resume aku kan.. Mana tau ada rezeki.. Huhu.. Selain daripada tu, aku jugak nak pergi derma darah.. Yeeaaaa!! Last time aku derma darah masa bulan March masa praktikal kat Swiss Garden.. Tapi kan apa yang aku perhatikan, bila Uni aku buat event je, mesti ada program derma darah.. Ok la tu kan, students pun muda-muda lagi, masih kuat, so boleh la derma darah kan.. Sebab hospital memang sangat-sangat memerlukan bekalan darah setiap hari.. Aku tau ni pun sebab masa derma darah tu kawan aku tanya nurse tu, agak-agak bekalan darah yang dorang datang ambik ni bertahan sampai bila.. Nurse tu cakap, hari ni pun boleh habis.. See.. So kepada kita yang muda-muda ni rajin-rajin la derma darah.. Mungkin kita tak mampu dari segi wang ringgit, tapi kita boleh derma darah kan? Dah la free je, dapat pahala pulak tuu.. Selain tu kadang-kadang dapat air kotak free dan biskut tiger.. Tapi jangan lah menderma semata-mata nak dapat kan air kotak dan biskut tiger pulak.. Hehe..

Ok.. ok.. Meleret sampai ke derma darah pulak sepatutnya cerita pasal Pesta Konvokesyen la kan.. Hehe.. Tapi aku lagi suka sebut Convo Fair ala macam kat UTP tu, dorang guna Convo Fair mungkin sebab student dia dari macam-macam negara.. So kena la sebut Convo Fair kan.. Btw, Ni sebenarnya kali ke-3 UiTM Perak buat konvokesyen kat kampus sendiri.. Yela, sebelum ni semua acara besar-besar termasuk la konvokesyen, buat kat UiTM Shah Alam. Selain UiTM Perak, kampus yang buat konvokesyen sendiri ialah UiTM Perlis, UiTM Terengganu, dan UiTM Sarawak.. Aku tak tau laa konvo kat Perak macam mana, sebab the previous konvokesyen yang buat kat Perak aku tak pernah attend pun sebab time tu buat masa cuti sem kan.. Kawan-kawan aku cakap tak meriah sangat, mungkin faktor cuti sem kot.. Students lain semua dah balik kampung halaman masing-masing so tak dapat la sama-sama memeriahkan pesta konvokesyen..


Walaupun Uni aku buat pesta konvo aku tak pernah pergi, tapi UTP Convo Fair aku pergi.. Dua hari berturut-turut pulak tuu.. Sebenarnya agenda lebih kepada nak lepak dengan member-member UTP.. Sambil-sambil tu nak jalan-jalan tengok UTP.. Aku pergi malam sebab nak tengok persembahan dari Hattan dan Zamani.. Meriah la jugak.. Dan aku expect pesta konvo UiTM tahun ni best sebab bukan dibuat pada cuti sem.. So boleh la jumpa junior dan kawan-kawan yang lain.. Oh! Tak sabar nak balik Perak.. Hajat di hati ni nak jugak jumpa kawan-kawan UTP, tapi dorang pun dah cuti sem kan.. So takde rezeki laa nak jumpa dorang.. Huhu..


So aku, Kak Yana dan kawan-kawan yang plan nak balik Perak hari Isnin, sebab Selasa ambik jubah + raptai then Khamis pulak konvo, sidang pagi pulak tuu.. Harus lah bangun pagi yeee.. Hehe.. Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk kami semua dan aku harap kitorang selamat pergi dan balik... 

P/s: Kitorang sekarang ni ada macam-macam plan tapi tak tau la cukup ke tak dengan masa yang ada nanti..  Hope semua orang akan happy nanti!! Doakan kami ye!!



3 comments:

Nurliyana said...

WAH,, MENARIK.. KENE BWK RESUME BYK2 NIH.. EHEHE .. =) .. X SABA NYE.. HUHU

Nurliyana said...

WAH,, MENARIK.. KENE BWK RESUME BYK2 NIH.. EHEHE .. =) .. X SABA NYE.. HUHU

fara said...

tu laa.. kene bawak resume banyak2 nii.. hehe